Tel Aviv Dihurung Ribuan Gagak, Netizen Kata Ini ‘Petanda Buruk’ Buat Mereka

Gagak selalu dikaitkan dengan perkara tidak baik.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular satu video di mana ribuan gagak menghurung langit di Tel Aviv, Israel

Rakaman ini dikongsi oleh seorang netizen di X dengan nama @cirnosad.

"Kelihatan gagak-gagak berpusing-pusing dan meninggalkan Tel Aviv," kata cirnosad.

Ketika konflik Asia Barat kian memuncak, burung itu terbang mengelilingi beberapa bangunan, termasuk bangunan popular, Menara Azrieli.

SAYS.com
Image via @cirnosad / X

Netizen menyifatkan perkara sebagai petanda 'malapetaka'

Pergerakan ribuan gagak itu mengundang kerisauan orang ramai di sana.

Menurut laporan di Sinar Harian, pakar mengatakan ia bukanlah perkara luar biasa kerana laluan migrasi bermusim kira-kira 500 juta burung melalui Israel semasa migrasi musim bunga pada setiap tahun.

"Spesies gagak itu sering 'berkumpul' di bandar ketika musim bertelur. Ia juga biasa ditemui di Israel dan pergerakan besar biasanya berlaku pada bulan Mac," jelas saintis.

Dalam beberapa budaya masyarakat, gagak dianggap sebagai petanda buruk dan sering kali dikaitkan dengan kematian atau kegelapan kerana perangai gagak itu sendiri yang suka mencari makanan di tempat yang kotor.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: