“Taubat Nak Sidai Baju” – Pelajar Kongsi Aksi Monyet Liar ‘Berpesta’ Di Kawasan Kolej
Takut tengok!
Cover image via @akiu_u (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi ramai pelajar yang tinggal di kolej, rutin harian seperti menyiapkan tugasan, berebut mesin basuh, dan menyidai pakaian di ampaian sudah menjadi kebiasaan
Namun, ada satu lagi 'cabarannya' kehadiran tetamu tak diundang yang kadangkala mencetuskan kekecohan seperti monyet liar.
Bukan sahaja suka mencuri makanan, geng haiwan ini kadang-kadang bertindak seperti kampus itu milik mereka, siap buat "spot check" di dalam kediaman pelajar.
Baru-baru ini, seorang pelajar berkongsi keadaan yang mengejutkan ramai selepas berkongsi sekumpulan monyet liar di kawasan kediaman kolejnya.

Takut nak sidai pakaian, monyet liar terlalu banyak di kawasan kediaman
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @akiu_u, seorang pelajar berkongsi suasana di kawasan ampaian kolej kediamannya yang difahamkan berada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bukan seekor, bukan dua, tetapi sekumpulan monyet liar kelihatan 'berkampung' di lokasi tersebut, siap memanjat dan berkeliaran seperti kawasan itu milik mereka.
Menurut pelajar itu, kehadiran 'geng hutan' tersebut bukan sahaja mengejutkan, malah membuatkannya seram untuk menyidai pakaian di situ.
Tambah pula, ini bukan kali pertama dia berdepan insiden seperti itu. Rupa-rupanya sebelum ini beberapa helai pakaiannya sudah pernah 'diculik' oleh monyet berkenaan.
"Zoo kolej. Taubat nk sidai baju kt sini, boxer aku dah 4 helai kot dibawak lari masuk hutan belakang tu," tulisnya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



