Tambahan RM5 Juta Untuk CCTV, Bagi Perkukuh Keselamatan Dan Disiplin Pelajar – KPM
Peruntukan CCTV RM5 juta ditambah selepas pengumuman RM3 juta sebelum ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM5 juta tambahan untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah terpilih seluruh negara
KPM mengatakan langkah ini adalah sebahagian daripada pelan tindakan kementerian untuk memperkukuh keselamatan dan mengurangkan risiko kejadian tidak diingini dari berlaku.
Berdasarkan laporan di Berita Harian, pelan ini melengkapkan peruntukan awal RM3 juta yang telah diumumkan sebelum ini.
Kini RM8 juta telah diperuntukkan oleh KPM untuk CCTV di sekolah terpilih.

10,096 guru baharu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara
Seramai 10,096 guru baru termasuk 500 guru kaunseling akan ditempatkan di sekolah seluruh negara mulai November 2025 untuk memperkukuh aspek psikosisial murid.
Buat institusi berasrama penuh pula, 600 pembantu warden akan dilantik dari kalangan personel MySTEP untuk meningkatkan pemantauan keselamatan dan mengurangkan tugasan warden.
Tambahan lagi, KPM juga menegaskan peranan Pengetua, Guru Besar dan Jawatankuasa Disiplin sekolah perlu diperkasakan untuk menangani kes-kes disiplin termasuk kuasa merotan, menggantung atau membuang sekolah.
Pihak KPM juga menyeru semua pihak seperti ibu bapa, komuniti dan agensi berkaitan untuk bekerjasama mewujudkan ekosistem pembelajaran lebih selamat dan sihat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 