Taktik Kotor Terbongkar, Lelaki Cabut Bulu Ketiak Untuk Dapatkan Makanan Percuma Di Restoran

Pihak restoran memaklumkan mereka menyemak rakaman CCTV selepas mendapati kumpulan tersebut berkelakuan mencurigakan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via news.com.au
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah restoran premium di Sydney menjadi tular selepas memuat naik rakaman CCTV yang didakwa memaparkan tindakan mengejutkan seorang pelanggan yang cuba mengelak daripada membayar bil

Memetik laporan news.com.au, restoran Pony Dining yang terletak di The Rocks berkongsi rakaman tersebut selepas sebuah keluarga seramai enam orang menuntut bayaran balik dengan alasan terdapat rambut dalam hidangan mereka.

Namun, rakaman kamera litar tertutup yang didedahkan pihak restoran dipercayai menunjukkan situasi berbeza.

Dalam klip berkenaan, seorang lelaki berpakaian kemeja polo putih dan seluar beige dilihat duduk bersama keluarganya di meja yang dipenuhi makanan serta minuman.

Lelaki itu kemudian kelihatan memasukkan tangan ke bahagian ketiak sebelum mengeluarkan beberapa helai rambut dan menaburkannya ke atas makanannya.

SAYS.com
Image via news.com.au

Keluarga berkenaan menikmati pelbagai hidangan eksklusif termasuk stik tomahawk sekitar RM400

Menurut pengurus restoran kepada media tempatan, keluarga berkenaan menikmati pelbagai hidangan eksklusif termasuk stik tomahawk yang boleh mencecah harga lebih AUD140 (sekitar RM400) bergantung kepada nilai pasaran. Jumlah keseluruhan bil mereka dilaporkan melebihi AUD600 (lebih RM1,700).

"Kami menghidangkan makan malam yang sangat baik. Segalanya bersih dan meja mereka juga disediakan dengan sempurna," kata wakil restoran itu.

Pihak restoran memaklumkan mereka menyemak rakaman CCTV selepas mendapati kumpulan tersebut berkelakuan mencurigakan. Difahamkan, keluarga berkenaan kemudiannya meninggalkan restoran tanpa menjelaskan bayaran penuh.

SAYS.com
Image via news.com.auImage via news.com.au

Rakaman itu telah diserahkan kepada pihak polis, namun menurut restoran, tiada tindakan lanjut dapat diambil. Pony Dining menyatakan tujuan perkongsian video tersebut adalah untuk memberi amaran kepada pengusaha restoran lain mengenai taktik seumpama itu.

Dalam kenyataan di Instagram, restoran itu menjelaskan bahawa aduan mengenai rambut dalam makanan dibuat selepas hidangan disajikan dan pelanggan enggan membuat bayaran.

Mereka turut mendakwa kakitangan berdepan tingkah laku tidak wajar sepanjang insiden tersebut. Tindakan lelaki berkenaan mengundang kecaman netizen yang menyifatkannya sebagai tidak beretika dan menjijikkan.

Malah, seorang individu yang mendakwa bekerja di restoran berhampiran turut mendakwa kumpulan sama pernah melakukan perbuatan serupa di premisnya dengan alasan menemui objek asing dalam makanan sebelum meninggalkan restoran tanpa melunaskan bayaran penuh.

Insiden ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan ramai pemilik restoran dan kedai makan mengenai taktik pelanggan tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik