Tak Tahan Rumah Rosak, Wanita Nekad Upah Orang Luar Untuk Halau Penyewa Bermasalah
Difahamkan, sudah setahun wanita berkenaan telah cuba untuk menghalau penyewa bermasalah terbabit.
Cover image via TheVocketFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Niat untuk menjana pendapatan sampingan dengan menyewa rumah tetapi menjadi mimpi ngeri apabila terjumpa penyewa tidak bertanggungjawab
Menurut laporan TheVocket, seorang wanita berkongsikan bahawa rumah sewanya kini telah dirosakkan begitu sahaja tanpa penyewa tersebut menerima tindakan.
Perkongsian ini telah dibuat di Facebook, wanita ini telah melepaskan rasa kecewa dan sedih dengan penyewa rumahnya.
Pelbagai rayuan dan amaran telah diberikan tetapi penyewa itu mengendahkannya dan wanita itu sedar dia tidak dapat lagi memberi muka.
Pelbagai usaha dan amaran telah dilakukan untuk mengusir penyewanya
Difahamkan, sudah setahun wanita berkenaan telah cuba untuk menghalau penyewa bermasalah terbabit. Penyewa tersebut telah ditengking dan dimarahi tetapi dia tidak dapat membuat apa-apa.
Pelbagai isu juga telah dibangkitkan tetapi penyewa tersebut masih neggang membayar sewa bulanan dan melanggar undang-undang seperti mencuri elektrik dan air yang telah dipotong oleh tuan rumah.
"Saya dah penat. Rumah dah semakin rosak. Saya beli harga ratusan ribu," keluh wanita itu.
Kerana terlalu penat dengan isu itu, wanita berkenaan akhirnya nekad untuk mengupah sekumpulan 'abang sado' sebagai jalan terakhir untuk menuntut semula haknya.
"Tolong bagitau sekali agak-agak berapa saya kene bayar upah," ujarnya.
Menurut wanita itu lagi, dia juga mendakwa tunggakan bil elektrik rumah terbabit kini mencecah RM1,800 dan bil air sebanyak RM1,000.
Dia tidak lagi kisah dengan jumlah yang tidak dibayar itu dan hanya mahu penyewa bermasalah berkenaan keluar dari rumahnya yang berada di Bukit Tinggi Klang, Selangor.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



