“Tak Pernah Balik Kosong” – Pemilik Kedai Baik Hati Selalu Sedekah Sate Pada Rider Lapar
Walaupun nampak kecil, tapi mereka penuh dengan ikhlas.
Cover image via Paktam Perus (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah kedai sate menjadi tumpuan ramai selepas kisah kebaikan pemiliknya tular di media sosial
Difahamkan, pemilik kedai itu dilaporkan sering menghadiahkan beberapa cucuk sate secara percuma kepada penghantar makanan setiap kali mereka datang mengambil pesanan.
Sikap ringan tangan itu bukan sekadar mencerminkan kemurahan hati, tetapi juga penghargaan terhadap penat lelah para rider yang saban hari berpanas dan berhujan mencari rezeki.

Akan beri sedikit sate untuk rider yang mengambil tempahan di kedai sate
Menerusi perkongsian di Facebook, kisah sebuah kedai sate di Taman Sri Andalas, Klang mencuri perhatian ramai apabila pemiliknya dikatakan mempunyai cara tersendiri menghargai jasa penghantar makanan.
Setiap kali rider datang mengambil pesanan, pemilik kedai berkenaan akan membekalkan tiga batang sate secara percuma, ia satu isyarat kecil penuh makna buat mereka yang berpanas dan berhujan mencari rezeki.
"Kalau rider ambil order kedai sate ini, mesti pemiliknya bagi 3 batang sate. Buat kunyah-kunyah atas motor katanya. Semoga pemilik sate ini dipermudahkan dimurahkan rezeki dunia akhirat. Sedap sate itu," kata seorang rider.
Perkongsian itu mendapat pengesahan daripada beberapa penghantar makanan lain yang turut mengakui menerima layanan serupa daripada pemilik kedai tersebut.
Di sebalik nilai tiga cucuk sate, tersembunyi mesej besar tentang kemanusiaan dan rasa saling menghargai.
Lihat hantaran di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



