Green Tea Atau Matcha? Kenali Perbezaan Yang Ramai Tak Tahu

Pilih ikut keperluan badan, bukan ikut trend.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di kafe hipster, kedai minuman kesihatan atau rak minuman di pasar raya, green tea dan matcha sering dianggap perkara yang sama

Warnanya hijau, rasanya sedikit pahit, dan kedua-duanya sering dikaitkan dengan gaya hidup sihat.

Tapi sebenarnya, walaupun datang daripada tumbuhan yang sama, green tea dan matcha mempunyai perbezaan besar dari segi cara penghasilan, rasa, kandungan nutrisi dan kesannya kepada tubuh.

Kalau anda pernah tertanya-tanya kenapa harga matcha selalunya lebih mahal atau kenapa kesan 'tenaga' selepas minum matcha terasa berbeza berbanding green tea biasa, ini jawapannya.

SAYS.com

Asal usul yang sama, cara berbeza

Green tea dan matcha kedua-duanya berasal daripada daun pokok Camellia sinensis. Bezanya terletak pada cara daun itu ditanam dan diproses.

Green tea dihasilkan dengan memetik daun teh yang kemudian dikukus atau dipanaskan sebelum dikeringkan. Daun tersebut dibru untuk diminum, dan akhirnya dibuang.

Matcha pula ditanam secara lebih teliti. Beberapa minggu sebelum dituai, pokok teh akan dilindungi daripada cahaya matahari bagi meningkatkan kandungan klorofil dan asid amino.

Daunnya kemudian dikeringkan, dibuang urat dan tangkai, sebelum dikisar halus menjadi serbuk hijau terang. Ini bermakna, bila anda minum matcha, anda sebenarnya mengambil keseluruhan daun teh.

Rasa dan tekstur yang berbeza

Green tea biasanya mempunyai rasa ringan, sedikit pahit dan menyegarkan.

Ia sesuai diminum panas atau sejuk, terutama selepas makan. Matcha pula bertekstur lebih pekat dan berkrim dengan rasa 'umami' yang kuat ada yang suka, ada juga yang ambil masa untuk biasakan diri.

Sebab itu matcha sering digunakan dalam latte, pencuci mulut dan minuman moden kerana rasanya lebih "bold" dan berlapis.

Kandungan nutrisi dan kesan pada badan

Dari segi khasiat, matcha dianggap lebih "power". Oleh kerana keseluruhan daun diambil, matcha mengandungi lebih banyak antioksidan, terutama catechin dan EGCG yang baik untuk kesihatan jantung dan metabolisme.

Matcha juga mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding green tea, tetapi kesannya lebih stabil kerana kehadiran L-theanine membantu fokus tanpa rasa gelisah seperti kopi.

Green tea pula sesuai untuk mereka yang mahukan minuman rendah kafein dan lebih santai.

Kesimpulannya, jika mahukan minuman ringan untuk diamalkan setiap hari, green tea sesuai.

Jika perlukan tenaga dan fokus tambahan, matcha boleh jadi pilihan asalkan diambil secara sederhana. Ringkasnya, pilih ikut keperluan dan gaya hidup, kerana minum dengan ilmu itulah kunci kesihatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: