Tak Lagi Rasa Sunyi, Kerajaan Perkenal Khidmat Peneman Untuk Warga Emas
Ia merupakan pendekatan komuniti untuk membantu golongan tersebut menjalani kehidupan seharian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan program Khidmat Bantu di Rumah
Ia sebagai inisiatif sokongan sosial khusus untuk warga emas yang tinggal bersendirian.
Menerusi laporan Sinar Harian, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad memberitahu program ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan berfungsi sebagai pendekatan komuniti bagi membantu golongan warga emas menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik dan berdaya tahan.
"Kita adakan sukarelawan untuk bantu warga emas di rumah, datang secara berkala dan jadi peneman, siapkan makanan serta bantu kemas rumah.
"Sekiranya warga emas boleh hidup bersendirian, baru kita galakkan sertai komuniti dan institusi.
"Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) turut disediakan bagi membawa membawa warga emas ke hospital untuk menjalani rawatan kesihatan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sinar HarianRUU berasaskan hak asasi dan bersifat holistik
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN–Tasek Gelugor) berhubung bentuk bantuan kepada komuniti warga emas yang hidup bersendirian tanpa sokongan keluarga.
Menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH–Bandar Tun Razak), Datuk Seri Noraini Ahmad memaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini dalam usaha memperkenalkan satu pendekatan baharu yang lebih menyeluruh melalui penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Image via Sinar HarianMenurut beliau, RUU tersebut digubal berasaskan prinsip hak asasi manusia dan bersifat holistik, bukan sekadar menjaga kebajikan harian warga emas, malah memastikan golongan ini diberikan hak dan perlindungan setara dalam kerangka perundangan negara.
Langkah ini dilihat sebagai satu usaha serius kerajaan dalam menstruktur semula dasar penjagaan warga emas agar lebih inklusif, sistematik dan berdaya tahan.
"Langkah dan usaha KPWKM bagi mewujudkan satu perundangan khusus untuk warga emas dapat memberi perlindungan kepada golongan ini secara menyeluruh dan berkesan selari perubahan struktur demografi negara," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 