Tak Dapat Subsidi RON95 Sebab Gangguan Sistem? Tuntut Bayaran Anda Balik Mulai 9 Oktober Ini
Jangan lupa tuntut balik ya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda pernah dikenakan caj harga tanpa subsidi bagi petrol RON95 baru-baru ini, jangan risau! Anda boleh dapatkan semula wang anda
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa mulai 9 Oktober, pengguna yang dikenakan harga tidak bersubsidi RON95 akibat gangguan teknikal di stesen minyak boleh membuat tuntutan bayaran balik.
Menurut laporan The Star, Timbalan Menteri Datuk Dr Fuziah Salleh menjelaskan bahawa walaupun pelaksanaan program BUDI95 berjalan lancar sejak minggu lalu, terdapat beberapa gangguan sistem kecil yang menyebabkan segelintir pengguna dicaj RM2.60 seliter berbanding harga subsidi sebenar RM1.99 seliter.
"Jika pengguna membayar harga RON95 tanpa subsidi disebabkan masalah ini, mereka boleh membuat tuntutan bayaran balik," katanya.

Cara buat tuntutan bayaran balik
Individu dan syarikat yang terjejas boleh memohon bayaran balik bagi pembelian petrol RON95 tanpa subsidi antara 30 September hingga 31 Oktober menerusi portal MySubsidi.
Pemohon perlu memuat naik salinan resit pembelian sebagai bukti. Selepas proses pengesahan dan kelulusan, bayaran balik akan dikreditkan terus ke akaun bank dalam tempoh 15 hari bekerja.

Bagi syarikat atau perniagaan pula, mereka perlu:
- Berdaftar di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), dan
- Menunjukkan bukti bahawa permohonan kad fleet telah dibuat sebelum atau pada 31 Oktober.
Dr Fuziah turut mendedahkan bahawa setakat ini, hanya 25% daripada perniagaan yang layak sudah mendaftar, dan menyeru lebih ramai untuk berbuat demikian.
Beliau menegaskan bahawa pendaftaran lewat masih boleh menuntut subsidi secara berbalik (backdated) dari 1 Oktober, selagi mereka mempunyai resit petrol sebagai bukti.
"Kami berharap lebih banyak perniagaan akan segera berdaftar di bawah SKPS," katanya sambil menambah bahawa kementerian sedang bekerjasama dengan persatuan teksi dan pelbagai pihak lain bagi meningkatkan penyertaan," katanya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan SKPS di +603-8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667 atau e-mel ke [email protected].
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 