“Tak Ada RM10K Masa Umur 30? Something Wrong” – Pendapat Individu Ini Cetus Perdebatan

Semua orang ada jalan hidup masing-masing.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Yayasan Ez Prihatin
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, memiliki wang simpanan bukan lagi satu pilihan tetapi ia satu keperluan

Kos sara hidup yang meningkat, ditambah dengan ketidaktentuan ekonomi, menjadikan amalan menyimpan sebagai salah satu langkah penting untuk menjamin kestabilan kewangan peribadi.

Namun begitu, realitinya tidak semua mampu menyimpan secara konsisten, walaupun sudah bertahun-tahun bekerja.

Isu ini sering menjadi perdebatan, terutamanya apabila ada pihak yang mempersoalkan kenapa golongan dewasa masih belum mempunyai simpanan asas yang kukuh.

Adakah kerana gaya hidup, gaji yang tidak mencukupi, atau beban kewangan yang tidak kelihatan.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Individu dakwa ia adalah sebagai peringatan untuk anak muda menyimpan

Tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat apabila menegur individu berusia 30-an yang sudah bertahun bekerja, tetapi masih belum berjaya menyimpan RM10,000.

"Kalau kau umur 30 dah, tapi saving RM10k pun tak ada, something is wrong.

"Bukan nak judge. Tapi kena jujur.You've been working for how many years? And still living like it's day one?,"
tulisnya.

Sebahagian netizen bersetuju dengan teguran tersebut, menganggap ia sebagai 'wake-up call' untuk anak muda lebih peka terhadap pengurusan kewangan dan corak perbelanjaan harian.

Namun, ramai juga tampil menyuarakan pandangan berbeza dengan menegaskan bahawa tidak semua orang bermula dari titik yang sama.

Ada yang terpaksa bergelut dengan hutang pendidikan, tanggungan keluarga, gaji yang rendah, dan kos sewa rumah yang tinggi. Mereka mendakwa ini adalah faktor-faktor yang perlahan-lahan menghakis apa jua simpanan yang cuba dibina.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mohd Zulkifli

Bagaimanapun, individu itu memberitahu dia juga faham dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

Menurutnya, dia hanya mahu memberi kesedaran mengenai kepentingan menyimpan wang, terutama sekali buat golongan muda.

"I know not everyone has it easy. Some tengah tanggung keluarga, ada komitmen besar.

"My message bukan nak cause hate. Tapi nak kasi wake-up call. Kalau kita stuck, we need to ask, what can I do differently?I pun bukan lahir senang. Tapi I chose to take action. You have that choice too,"
ujarnya.

"Yes good fact. If we keep working and commitment increase but saving keep reducing or never changing through decade. There is a must do list to fix it money management,"
kata seorang netizen.

"Lain orang lain kasut. I know you nak create awareness supaya kita semua ada saving. Its very good actually. But not all of us are lucky enough to save money. Ada yang diuji dengan sakit, komitmen menanggung keluarga, and barely survive every months. And even dah saving sekelip mata boleh habis bila kita diuji. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua, diringankan ujian dan permudahkan urusan seharian," kata seorang lagi netizen.

SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik