Tahukah Anda Boleh Berjalan Atas ‘Laut Terbelah’ Setahun Sekali Di Langkawi?
Anda kena rasai pengalaman ini sekali seumur hidup!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, setahun sekali pengunjung di Langkawi berpeluang berjalan di atas laut seolah-olah ia terbelah dua?
Ya, fenomena unik ini memang wujud, asalkan anda berada di tempat dan waktu yang tepat!
Kebiasaannya, sekitar bulan Februari atau awal Mac, fenomena tahunan yang dikenali sebagai Sandbar Walk Langkawi membolehkan pengunjung berjalan kaki dari Tanjung Rhu, di pesisir utara pulau itu, ke sebuah pulau kecil berdekatan yang dikenali sebagai Pulau Kelam Baya.
Fenomena alam yang jarang berlaku ini terjadi ketika air laut berada pada paras paling surut, menyebabkan paras laut di Tanjung Rhu menurun ke tahap terendah.

Apabila air laut surut, satu jalur pasir (sandbar) akan muncul dan menghubungkan kedua-dua pulau buat sementara waktu
Ia sekali gus mencipta ilusi seolah-olah laut itu 'terbelah'.
Semalam, 3 Februari, sandbar tersebut muncul hanya selama beberapa jam, namun ia sudah cukup untuk menarik ratusan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan keajaiban alam yang berlaku setahun sekali ini.
Seawal 5.30 pagi, pengunjung mula berjalan sejauh kira-kira 1 kilometer merentasi jalur pasir yang terdedah, sambil mengambil peluang melihat hidupan laut dari jarak dekat.
Menurut pelawat dari luar kawasan yang ditemu bual New Straits Times, pengalaman itu sememangnya berbaloi apabila mereka dapat melihat pelbagai hidupan laut seperti tapak sulaiman, kuda laut, ikan sebelah, kerang, siput, obor-obor, sotong serta karang berwarna-warni secara dekat.

Pihak berkuasa Langkawi memaklumkan bahawa fenomena unik ini telah dipromosikan sebagai produk pelancongan sejak lima tahun lalu, susulan minat tinggi orang ramai.
Dengan gabungan keindahan alam semula jadi dan biodiversiti yang menakjubkan, Sandbar Walk di Tanjung Rhu terus menjadi tarikan utama setiap tahun.
Kalau anda terlepas peluang kali ini, jangan risau, tahun depan masih ada peluang untuk menyaksikan sendiri 'laut terbelah' versi Langkawi!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 