Tabung Haji Umum Dividen 3.5% Selepas Zakat, Paling Tinggi Dalam Tempoh 8 Tahun

Difahamkan dividen tahun 2025 adalah yang tertinggi dalam 8 tahun.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan Disember 2025

Pengagihan tahun 2025 adalah lebih tinggi berbanding 3.25 peratus bagi tahun 2024.
Menurut laporan dari Kosmo, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, berkata agihan tersebut melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.22 bilion dan akan diagihkan kepada lebih 9.7 juta pendeposit TH.

SAYS.com
Image via Kosmo

Dividen tertinggi sejak lapan tahun lepas

"Dari segi kewangan TH mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM4.64 bilion pada tahun 2025, berbanding RM4.56 bilion pada tahun 2024," kata beliau hari ini.

Turut hadir ketika itu ialah Tan Sri Abdul Rashid Hussain serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad.

SAYS.com
Image via Tabung Haji / Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: