Tabung Haji Perkenal Sistem Dinamik, 3 Faktor Ini Tentukan Siapa Layak Berangkat Terlebih Dahulu

Tabung Haji dijangka akan memperincikan mekanisme pelaksanaan bagi memastikan keseimbangan antara keutamaan kesiapsiagaan dan hak mereka yang telah lama menunggu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lembaga Tabung Haji kini memasuki fasa transformasi besar yang bakal mengubah landskap pemilihan jemaah haji negara, apabila memperkenalkan Sistem Giliran Dinamik yang lebih berasaskan kesiapsiagaan berbanding sekadar tarikh pendaftaran

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Langkah ini dilihat sebagai respons kepada cabaran semasa, khususnya dalam memastikan kuota haji Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang benar-benar bersedia menyahut panggilan suci ke Baitullah.

Jika sebelum ini konsep 'siapa cepat, dia dapat' menjadi asas utama, pendekatan baharu ini beralih kepada prinsip 'siapa sedia, dia berangkat'.

Ini bermakna, pendaftaran awal bukan lagi jaminan mutlak untuk dipanggil menunaikan haji sekiranya aspek kemampuan atau Istito'ah tidak dipenuhi.

Transformasi ini juga bertujuan mengurangkan kes penolakan tawaran saat akhir yang sering berlaku akibat kekangan kewangan atau masalah kesihatan, sekali gus menjejaskan perancangan logistik dan pengurusan jemaah.

Di bawah sistem baharu ini, tiga kriteria utama ditetapkan sebagai penanda aras kesiapsiagaan bakal jemaah

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Pertama, simpanan minimum sebanyak RM15,000 dalam akaun Tabung Haji, bagi memastikan jemaah mempunyai dana mencukupi untuk menampung kos haji dan keperluan semasa di Tanah Suci.

Kedua, tahap kesihatan yang optimum. Hanya individu yang benar-benar sihat dan melepasi pemeriksaan kesihatan ketat akan diberi keutamaan, memandangkan ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi, termasuk ketika melakukan tawaf, saie dan melontar.

Ketiga, elemen 'ready to go' atau kesiagaan menyeluruh. Walaupun seseorang itu baru mendaftar, peluang mereka tetap cerah sekiranya memenuhi syarat kewangan dan kesihatan, berbanding mereka yang telah lama menunggu tetapi belum bersedia.

Namun, perubahan ini turut mencetuskan persoalan dalam kalangan masyarakat, khususnya mengenai keadilan kepada pendeposit lama dan golongan berpendapatan rendah

Timbul kebimbangan sama ada mereka yang menabung secara konsisten tetapi perlahan akan terpinggir oleh individu yang lebih berkemampuan.

Dalam konteks ini, Tabung Haji dijangka akan memperincikan mekanisme pelaksanaan bagi memastikan keseimbangan antara keutamaan kesiapsiagaan dan hak mereka yang telah lama menunggu.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: