Syed Saddiq Dedah ‘Rahsia’ Sebenar Tun M Boleh Kekal Muda & Cergas – “Tak Sangka”

Ini rahsia Tun M rupa-rupanya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 tahun

Ia bukan sahaja satu pencapaian usia yang cukup luar biasa tetapi, bersejarah buat tokoh negara itu.

Di media sosial, kita juga sering melihat aktiviti-aktiviti yang dikongsikan Tun. Tidak dinafikan, meskipun usia sudah mencecah 100 tahun, Tun dilihat masih cergas dan aktif.

Perkara ini membuatkan ramai tertanya-tanya rahsia Tun kekal cerdas.

Baru-baru ini di media sosial, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai apabila berkongsi 'rahsia terbesar' Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan ulang tahun ke-100 tokoh negarawan itu.

SAYS.com
Image via @chedetofficial (X)

Tak sangka ini 'rahsia' Tun M rupa-rupanya

Dalam satu hantaran di media sosial, Syed Saddiq berkongsi momen peribadi yang cukup bermakna ketika beliau bersama Tun Dr Mahathir di bangunan Parlimen beberapa tahun lalu.

Coretan itu bukan sekadar kenangan, tapi juga satu sisi 'rare' Tun M yang jarang dilihat ramai.

"Sempena Hari Jadi ke-100 Tun @chedetofficial, saya rasa sudah tiba masanya saya dedahkan rahsia terbesar Tun M.

"Rahsia macam mana Tun boleh kekal muda, sihat dan relaks semacam walaupun tengah berperang di Parlimen," katanya.

SAYS.com
Image via @SyedSaddiq (X)

Syed Saddiq mendedahkan 'rahsia besar' Tun M rupanya, beliau gemar melayan video kucing.

Siapa sangka, di sebalik figura serius dan penuh karisma tu, Tun M juga ada sisi comel yang buat kita tersenyum.

"Bukan sekali. Banyak kali. Siap gelak sorang-sorang. While the whole country tengah panas, Tun dengan tenang tengok anak kucing tidak takut air dan lompat-lompat," ujarnya.

Oh, ini rupanya kerja Tun dekat parlimen ya 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik