Syarikat Penerbangan Utama Malaysia Umum Bakal Naikkan Harga Secara Berperingkat Tidak Lama Lagi

Difahamkan, kenaikan harga ini adalah secara berperingkat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BlueSky & KLIA2
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa syarikat penerbangan Malaysia telah mengumumkan kenaikan caj bahan api

Kebanyakan syarikat penerbangan di Asia kini telah menilai semula kenaikan caj dan operasi kerana kenaikan harga minyak dek konflik Asia Barat.

Menurut laporan dari Bernama, Batik Air Malaysia telah mengesahkan dengan memberi notis untuk perubahan harga bagi penerbangan domestik dan antarabangsa akibat kenaikan kos yang bakal ditanggung syarikat penerbangan.

Tiga syarikat penerbangan Malaysia mengumumkan kenaikan harga

Disahkan di Facebook oleh Pemburu Tiket Murah, Malaysia Airlines, Firefly dan Batik Air Malaysia akan melaksanakan pelarasan caj secara berperingkat mulai 11 Mac 2025 ini.

Beberapa destinasi seperti Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong dan Filipina hanya terlibat mulai 25 Mac 2025.

Caj yang dikenakan kepada tiket akan bermula mengikut tarikh berkuat kuasa.

Perubahan harga ini adalah disebabkan oleh sektor penerbangan yang mengalami masalah arus tenaga global yang terjadi akibat konflik di Asia Barat yang telah meningkatkan harga minyak jet.

Hal ini sekaligus menyebabkan syarikat penerbangan terpaksa menaikkan harga operasi mereka.

SAYS.com
Image via Wikipedia

Associate Professor Mohd Harridon Mohamed Suffian dari Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology, mengatakan situasi sekarang sangat tegang akibat tekanan ekonomi dan kewangan ke atas industri penerbangan di beberapa negara.

Konflik Amerika Syarikat – Iran ini telah mengganggu operasi lapangan terbang secara global, di mana ribuan penerbangan ke Asia Tengah dibatalkan dan ruang udara ditutup akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lepas.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: