Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly Cipta Sejarah, ‘Kongsi’ Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM34
Untuk rekod, kedua-dua mereka merupakan pelakon bagi filem Blood Brothers: Bara Naga.
Cover image via FINAS MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) mencipta kejutan apabila pelakon Syafiq Kyle dan Syazwan Zulkifly diumumkan
sebagai pemenang bersama bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Trofi berkenaan telah disampaikan oleh pelakon legenda, Datuk Rahim Razali, NaKedua-dua pelakon itu berjaya menambat hati juri menerusi lakonan mantap dalam filem Blood Brothers: Bara Naga.
Dalam filem tersebut, Syafiq dan Syazwan membawakan watak adik-beradik yang penuh emosi dan konflik dalaman sekali
gus meninggalkan kesan kepada penonton ketika tayangannya pada 10 April lalu.

Syafiq dalam ucapannya memberi penghormatan kepada calon-calon lain.
"Personally untuk saya, Syazwan antara nama-nama (dan calon lain) yang memberi inspirasi kepada saya kerana mereka ceburi bidang lakonan dahulu daripada saya," ujarnya.
Syazwan juga meluahkan rasa terharu serta gembira atas anugerah yang diterima.
Dalam sejarah FFM, terdapat beberapa kejadian di mana dua pemenang telah diumumkan untuk satu kategori yang sama akibat keputusan seri

Dalam sejarah Festival Filem Malaysia (FFM), terdapat beberapa kejadian di mana dua pemenang telah diumumkan untuk satu kategori yang sama akibat keputusan seri:
- Pelakon Lelaki Terbaik: Pada FFM Ke-3 (1982), anugerah Pelakon Lelaki Terbaik telah dikongsi oleh dua pemenang:
- Ahmad Yatim (filem Pemburu)
- Zulkifli Zain (filem Bintang Pujaan)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Pada FFM Ke-12 (1996), anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik juga mencatatkan keputusan seri:
- Hani Mohsin (filem Salina)
- Osman Zailani (filem Amok)
Ini adalah antara contoh yang paling menonjol di mana FFM mengisytiharkan dua pemenang untuk anugerah tunggal dalam satu kategori. Keputusan sebegini bergantung pada budi bicara juri dan peraturan edisi tertentu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



