Syada Amzah Spill Cerita Diganggu ‘Benda’ Ketika Sertai Program Realiti, Tersingkir Pada Malam Yang Sama

Maksudnya, tempat tu memang keras ke? Seram!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi dan bekas peserta program realiti, Syada Amzah, mencuri perhatian apabila mendedahkan pengalaman mistik yang dialaminya ketika menyertai sebuah rancangan realiti beberapa tahun lalu

SAYS.com
Image via @syadaamzahh (Instagram)

Menerusi satu ciapan di Threads, Syada berkongsi bahawa dirinya pernah diganggu 'benda' misteri di lokasi rakaman program tersebut.

Malah secara kebetulan, dia turut tersingkir pada malam yang sama.

"Since benda ni jadi in every programme, i honestly tak rasa orang hantar benda bukan bukan, i just rasa its the hall itself. I masuk situ even sebagai penonton, especially the backstage. Segala bulu roma berdiri," katanya.

SAYS.com
Image via @syadaamzahh (Threads)

Pengalaman itu kini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen, terutama mereka yang pernah menghadiri acara di lokasi berkenaan

Apa yang lebih menyeramkan, beberapa individu lain turut mengakui pernah merasakan suasana seram di tempat sama, terutama di bahagian belakang pentas. Ada yang mendakwa bulu roma mereka meremang sebaik sahaja melangkah ke kawasan tersebut.

Menurut salah seorang peserta dalam program yang sama, dia pernah dibawa pusing di tempat parkir kereta dalam keadaan yang sangat gelap.

"Yes I pun kena musim you bertanding. Minggu Fieya eliminated. 'benda' tu bawa I pusing sampai ke basement. Gelap sangat-sangat sampai tak jumpa kat mana parking kereta dan ingat semua orang dah balik. Rupanya yang lain masih ada kat atas duk bergambar. Fuhhh 6 tahun berlalu dan masih segar dalam ingatan," katanya.

Lihat ciapan penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik