Sweet Qismina Jadikan Kad Pokémon Sebagai Pelaburan Untuk Jangka Panjang

Menariklah hobi ni, admin nak cuba jugalah!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam era pelaburan alternatif yang semakin berkembang, barangan hobi kini dilihat mempunyai nilai komersial tersendiri, termasuk kad Pokémon yang semakin mendapat perhatian sebagai aset berpotensi tinggi

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Teknologi

Tidak terkecuali dengan pelakon, Sweet Qismina apabila dia mendedahkan minat baharunya dalam mengumpul kad Pokémon bukan sekadar untuk hiburan, malah sebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Menurut laporan OHBULAN!, Sweet atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi, 28 tahun itu berkata, pendedahannya terhadap dunia kad Pokémon bermula secara tidak sengaja menerusi media sosial.

Menurutnya, sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang individu menangis selepas memperoleh sekeping kad Pokémon bernilai tinggi telah membuka matanya terhadap potensi sebenar industri tersebut.

SAYS.com
Image via OHBULAN!

"Saya nampak satu video di TikTok, seorang budak menangis sebab dapat satu kad. Bila saya semak harga kad itu, nilainya mencecah lima angka. Dari situ, saya mula faham bahawa kad Pokémon bukan sekadar permainan, tetapi boleh menjadi satu bentuk pelaburan," katanya.

Sweet menjelaskan bahawa nilai kad Pokémon banyak dipengaruhi oleh faktor seperti tahap kelangkaan, kondisi fizikal serta penilaian profesional melalui proses grading, khususnya jika memperoleh skor tertinggi seperti PSA 10.

Sweet turut mengakui galakan daripada suaminya, Adam Lee, serta rakan selebriti Harris Annuar yang berpengalaman dalam bidang berkenaan memberikan keyakinan untuk mencuba pelaburan itu

"Harris banyak berkongsi pengalaman. Dia melabur lima angka dan pulangannya boleh mencecah enam angka. Itu yang buat saya lebih yakin untuk belajar dan faham tentang kad Pokémon," katanya lagi.

Setakat ini, Sweet berkata pelaburannya masih di peringkat awal dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM100 bagi sekeping kad, namun percaya ia berpotensi memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi selepas melalui proses penilaian.

Walau bagaimanapun, dia menegaskan pendekatan yang diambil lebih bersifat santai dan tidak meletakkan tekanan terhadap nilai pulangan.

SAYS.com
Image via Hib Glam

"Saya baru beli satu kad dalam RM100 lebih. Orang kata, kalau hantar pergi grading boleh cecah seribu lebih. Saya belum melabur sampai beribu. Baru 1 ke 2 kotak. Saya tiada hobi. Saya cepat bosan. Lain dengan Adam, semua benda dia buat.

"Saya jenis ikut saja Adam. Bila ada hobi baru, dia sokong saja. Bila kita kata hobi, ianya tidak menjanjikan dapat pulangan. Saya anggap macam zaman kanak-kanak dulu kumpul kad. Janji apa yang saya beli itu, saya suka dan bukan sekadar untuk pelaburan,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via