“Surprise Kasut Baru” – Pemuda Ini Ceriakan Hari Pelajar Sekolah Dengan Momen Manis
Suka tengok pelajar-pelajar tu happy.
Cover image via Devaraj David (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, tindakan kecil yang datang dari hati mampu meninggalkan kesan besar terutamanya kepada anak-anak yang masih bersekolah
Itulah yang dibuktikan oleh seorang pemuda apabila tindakannya menghadiahkan sepasang kasut baharu kepada pelajar sekolah mencuri perhatian ramai dan menyentuh hati netizen.
Video itu tular selepas dimuat naik di media sosial, memperlihatkan reaksi teruja si pelajar yang langsung tidak menyangka akan menerima kejutan manis tersebut.

Beri semangat untuk pelajar terus capai impian
Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook miliknya, Devaraj David dilihat hadir ke Sekolah Kebangsaan Senawang dengan membawa sebuah kejutan istimewa buat beberapa orang pelajar.
Dalam video tersebut, Devaraj menghadiahkan kasut sekolah baharu kepada pelajar-pelajar terpilih sebagai tanda sokongan dan semangat buat mereka terus belajar bersungguh-sungguh demi mengejar impian.
Menurutnya, tindakan ini bukan sekadar memberi hadiah, tetapi mencipta satu momen bermakna yang mampu menanam keyakinan dan harapan dalam diri anak-anak tersebut.
"Saya buat benda ni mungkin sebab moment. Ini akan bagi satu kepercayaan untuk anak murid ini supaya mereka percaya dengan impian mereka," katanya.
Devaraj sebelum ini pernah menjual pakaian terpakai sebelum dikenali ramai sebagai content creator tempatan.
Kini, dia aktif menghasilkan kandungan berunsur inspirasi dan kemanusiaan dan video ini hanyalah salah satu daripada banyak lagi momen menyentuh hati yang dikongsinya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



