Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 Diawalkan, Bayaran Masuk Akaun Mulai 18 Oktober Ini
Jangan lupa check akaun bank esok.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita gembira buat penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan mengumumkan bahawa bayaran bagi Fasa 4 akan diawalkan bermula 18 Oktober 2025 ini!
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan rasmi di Facebook, penerima sedia ada akan mula menerima bayaran terus ke akaun bank masing-masing antara 18 hingga 24 Oktober 2025.
Manakala, bagi penerima tanpa akaun bank termasuk mereka yang berada di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bayaran akan dibuat secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 21 Oktober 2025. Pastikan bawa dokumen pengenalan diri semasa membuat tuntutan.
Sementara itu, untuk penerima baharu dan rayuan, pembayaran akan dibuat sedikit lewat iaitu pada 13 November 2025.
Berikut di bawah adalah info pembayaran STR Fasa 4



Untuk semakan status dan maklumat lanjut mengenai bayaran, orang ramai boleh layari portal rasmi di bantuantunai.hasil.gov.my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 