Subsidi Bersasar RON95: Pastikan Cip MyKad Anda Berfungsi Sebelum Isi Minyak

Alhamdulillah, terima kasih PMX!

Enlarge text
Cover ImageCover image via TVS & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan akan melaksanakan subsidi bersasar petrol RON95 hujung bulan ini dan rakyat Malaysia disarankan segera memeriksa MyKad masing-masing bagi memastikan cipnya berfungsi dengan baik

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan subsidi itu memerlukan pengesahan identiti melalui MyKad semasa proses mengisi minyak di stesen petrol.

"Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar ini. Satu perkara penting rakyat Malaysia kena buat ialah periksa MyKad anda dan pastikan cip berfungsi dan elok.

"Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau, boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. Insya-Allah, siap hari yang sama. Jangan tunggu saat akhir, buat semakan awal supaya rakan-rakan dapat manfaatkan subsidi petrol khas untuk rakyat Malaysia ini,"
katanya.

SAYS.com

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Image via Sinar Harian

Kenapa penting periksa MyKad sekarang?

Jika cip MyKad rosak, anda tidak dapat menikmati harga petrol subsidi kerana sistem di stesen minyak hanya akan mengesahkan identiti melalui kad pengenalan. Ini bermakna jika cip gagal dibaca, anda terpaksa membayar harga pasaran biasa yang lebih tinggi.

Saifuddin turut menjelaskan bahawa langkah tersebut membuktikan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menunaikan janji Kerajaan MADANI dalam meringankan beban rakyat.

"Walaupun ambil masa sedikit, Alhamdulillah beliau tetap tunaikan janji sebab insya-Allah, beliau seorang yang berpegang pada kata-kata. A man of his words. Setiap janji yang dibuat akan dilaksanakan untuk rakyat Malaysia.

"Kerajaan MADANI terus komited untuk bantu rakyat, jaga kebajikan semua golongan dan makmurkan ekonomi negara dengan penuh integriti dan tanggungjawab,"
katanya lagi.

SAYS.com
Image via MyCarSearch

Sebelum ini, PMX pernah mengumumkan bahawa harga RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang hujung bulan ini melalui mekanisme subsidi bersasar.

Dengan pelaksanaan ini, pengguna yang layak akan dapat menikmati petrol RON95 pada harga lebih rendah, manakala kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan negara dan menyalurkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: