Suami Isteri Terkejut Diserbu JAIS Pertama Kali Di Pusat Karaoke – “Sampai Terlupa Tarikh Kahwin”
Alamak baru nak berduet dengan pasangan kerja serbu Jabatan Agama.
Cover image via @mekkanjer / TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isu pasangan sah diserbu Jabatan Agama bukanlah perkara baru malah beberapa kali kejadian ini telah terjadi
Baru-baru ini, sepasang suami isteri telah berkongsi rakaman pengalaman mereka sedang berkaraoke tetapi ketika menyanyi secara tiba-tiba mereka telah diserbu.
Ketika itu mereka berdua sedang berduet di dalam bilik karaoke oleh seorang penguatkuasa yang memberi salam dan bertanya mengenai status hubungan mereka berdua.
Situasi berubah menjadi lebih 'tegang' apabila si suami terlupa tarikh perkahwinan mereka.
Video ini telah dikongsikan oleh @mekkanjer di TikTok.

Si suami pula terlupa tarikh perkahwinan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) datang memberi salam untuk menyoal mereka dan suaminya terus bangun menjawab persoalan dari pegawai bertugas.
"Randomnyaa tiba-tiba JAIS serbu. Hahaha. Yang laki aku tahun bila kahwin pun tak ingat dah," kata si isteri dalam kapsyen video tersebut.

Dalam komen tambahan, dia juga terkesima dengan suaminya yang panik sehingga mengatakan mereka baru berkahwin tahun lepas walhal anak mereka sudah masuk setahun.
Musik telah dihentikan seketika dan si isteri pula tampil menyelamatkan keadaan dengan menunjukkan kad nikah sebagai bukti status suami isteri.
Tidak lama selepas itu penguatkuasa mengucapkan terima kasih dan beredar. Kedua-dua mereka ketawa selepas itu kerana tidak menyangka situasi berkenaan boleh berlaku.

Sudah semestinya netizen tidak melepaskan peluang untuk 'membahan' atau menyoal mengapa suami isteri ini diserbu.
"Masalah siapa report sihh hahahah orang karaoke pun ade report ke."
"Boleh tak kah kahwin buat dalam bentuk apps je. senang nak tunjuk."
"Wei aku 20 tahun kawen kad pon takde camne kalau jumpa jais cmni.. Tunjuk gambar family lepas tak agak-agak?"
"Kalau saya panic sampai tak sedar dah kawen."
Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai sebenarnya pasangan yang tidak membuat kad kahwin. Ada juga yang mengatakan proses membuat kad itu terlalu menyukarkan sehingga ramai rasa mereka tidak mahu membuatnya.
Perlu diingatkan juga bagi memudahkan proses atau jika kejadian seperti ini berlaku, sesiapa yang dah berkahwin atau baru berkahwin perlulah mempunyai bukti dokumen perkahwinan di dalam telefon atau dompet.
Video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



