Suami & Isteri Orang Sanggup Redah 600KM Naik Motosikal Dating Dicekup Berkhalwat Di Hotel
JAINJ berkata pasangan berusia lingkungan 50-an dan 40-an itu antara empat pasangan yang dicekup dalam operasi pencegahan maksiat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hasrat pasangan kekasih berstatus suami dan isteri orang untuk bermadu kasih selepas menempuh perjalanan sejauh lebih 600 kilometer menaiki motosikal tidak kesampaian apabila mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Johor, semalam
Menurut laporan Berita Harian, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berkata pasangan berusia lingkungan 50-an dan 40-an itu antara empat pasangan yang dicekup dalam operasi pencegahan maksiat bermula jam 11 malam.
Pasangan berkenaan dilaporkan enggan membuka pintu bilik hotel walaupun diminta oleh pegawai penguat kuasa Mereka hanya berjaya ditemui selepas pihak JAINJ meminta kunci pendua daripada kaunter hotel, namun pintu masih dikunci dari dalam menggunakan rantai keselamatan.
"Sebaik berjaya memasuki bilik, pasangan terbabit kelihatan berpakaian lengkap namun dalam keadaan gelabah sebelum mengaku bukan suami isteri," menurut kenyataan JAINJ.

Pemeriksaan lanjut mendapati ada cadar dan bantal di lantai yang dijadikan tempat tidur tambahan
Lelaki tersebut mendakwa dia tidur di bawah manakala wanita berkenaan tidur di atas katil.
"Mereka turut mendakwa tidak melakukan perkara yang tidak senonoh dan hanya menyewa bilik bersama untuk berjimat," jelas JAINJ lagi.
Dalam operasi itu juga, tiga lagi pasangan turut ditahan atas kesalahan yang sama.
Antaranya ialah pasangan terakhir berusia 20-an yang mengaku sudah lama berhubung dan merancang untuk bertemu selepas mendapat gaji, seorang duda dan anak dara berusia 30-an serta pasangan muda berusia 20-an yang mengaku lelaki datang ke bilik hanya untuk 'menemani' wanita berkenaan yang tinggal sendirian.
Kesemua individu yang ditahan dibawa ke pejabat JAINJ untuk diambil keterangan dan akan dakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 