Suami Hampir Kena Serangan Jantung, Isteri Dakwa Punca Daripada Vape & Minuman Tenaga
Difahamkan, suaminya pada awalnya mengadu sakit di bahagian dada.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita berkongsi detik mencemaskan apabila suaminya nyaris terkena serangan jantung selepas bacaan elektrokardiogram (ECG) menunjukkan kelainan
Dikatakan berpunca daripada penggunaan rokok elektronik atau vape bersama minuman tenaga berperisa buah dalam bentuk serbuk.
Menurut laporan Sinar Harian, Nur Hazwani Burahnuddin, 28, yang juga petugas di sebuah hospital, mendedahkan suaminya pada awalnya hanya mengadu sakit dada sebelum keadaan bertukar serius.
Menurutnya, sebelum kejadian suaminya kelihatan sihat tanpa sebarang tanda mencurigakan.
Namun, selepas kerap mengambil minuman tenaga dan vape, tubuhnya mula memberi amaran dengan degupan jantung menjadi kacau-bilau, disusuli keletihan yang meruntun tenaga.

Hazwani segera membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan.
Image via Sinar HarianBawa suami dapatkan rawatan selepas keadaan makin lemah
Susulan keadaan suaminya yang semakin lemah, Hazwani segera membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan.
Hasil ujian elektrokardiogram (ECG) pertama menunjukkan bacaan yang tidak normal dan suatu petanda berbahaya yang menurut doktor boleh mencetuskan serangan jantung secara mengejut sekiranya tidak dirawat segera.
Namun, keputusan ujian kali kedua menunjukkan keadaan kembali stabil. Doktor kemudiannya merumuskan bahawa penggunaan vape bersama pengambilan minuman tenaga menjadi punca utama gangguan pada bacaan ECG, sekali gus meletakkan pesakit pada risiko serangan jantung.
Atas pengalaman itu, Hazwani menyeru orang ramai terutama golongan lelaki muda yang gemar menghisap vape dan mengambil minuman tenaga agar menghentikan tabiat berbahaya tersebut sebelum terlambat.
Beliau turut mendedahkan jenis minuman tenaga yang diambil suaminya, iaitu dalam bentuk serbuk berperisa buah seperti mangga, anggur, dan terkini oren, yang perlu dicampur air sebelum diminum.
Minuman seumpama ini dipercayai mengandungi kandungan kafein yang sangat tinggi, pemanis tiruan serta bahan kimia perangsang lain yang, jika diambil berlebihan, mampu menjejaskan sistem kardiovaskular secara serius.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Hello DoktorLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 