Suami Dakwa Isteri Curang Dengan Doktor Dalam BMW, Kongsi Video Bukti Di Media Sosial

Sayangnya rumah tangga hancur macam itu je.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Jason Wong (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang lelaki berdepan detik menyakitkan apabila mendakwa isterinya yang dipercayai selama 10 tahun berlaku curang dengan seorang doktor

Pendedahan mengejutkan itu tular selepas lelaki tersebut memuat naik beberapa video di media sosial, mendedahkan hubungan sulit yang didakwa berlaku sepanjang perkahwinan mereka.

Video berdurasi lebih tiga minit itu memaparkan si isteri duduk bersebelahan seorang lelaki yang dipercayai doktor di dalam sebuah kereta mewah jenama BMW.

Rakaman tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, dengan ramai memberikan sokongan kepada si suami.

SAYS.com
Image via Jason Wong (Facebook)

Difahamkan, lelaki berkenaan mengakui dia mula rasa curiga selepas isterinya bekerja dan sering berada di luar rumah

Namun, rasa syak itu bertukar realiti apabila isterinya kantoi curang bersama doktor tersebut.

"Saya tak pernah sangka orang yang saya sangat sayang, yang setiap malam tidur di sisi saya, sanggup curang.

"Setelah 10 tahun perkahwinan, rumah tangga saya musnah. Bukan sebab miskin, bukan sebab gaduh, bukan sebab tiada quality time atau tidak sefahaman. Tapi disebabkan 'office wife',"
katanya.

SAYS.com
Image via Jason Wong (Facebook)
SAYS.com
Image via Jason Wong (Facebook)

"Sejak dia bekerja, saya yang support dia dari A–Z. Hantar outstation, lalui PJJ berbulan-bulan, jadi telinga masa dia stress, siapkan kerja dia bila penat, selalu tunggu bila balik lewat malam. Saya tak pernah curiga sebab saya percaya.

"Tapi rupanya, selama ini dia dibelai oleh orang yang dah berumah tangga. Berstatus profesional, dihormati masyarakat, tapi hakikatnya tak lebih daripada perosak rumah tangga orang.

"Saya tak hairan kenapa pasangan saya boleh jatuh – sebab ayat manis, janji manis, dan duit yang kaburkan mata & hati. Sampai sanggup gadaikan maruah sendiri,"
katanya.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via