STR Fasa 2 Diawalkan & Dikreditkan Mulai Esok, 10 Mac Ini Sempena Aidilfitri
Difahamkan, pembayaran akan dibuat secara berperingkat dan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion kepada kira-kira lima juta penerima STR di seluruh negara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan mengumumkan berita gembira apabila pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang sepatutnya disalurkan pada April ini akan diawalkan bermula esok, 10 Mac 2026
Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dibuat bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba minggu depan.
Difahamkan, pembayaran akan dibuat secara berperingkat dan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion kepada kira-kira lima juta penerima STR di seluruh negara.
"Jadi kita awalkan kepada 10 Mac 2026 saudara akan dapat dalam akaun STR Fasa 2. Jadi yang peringkat pertama diawalkan mulai 10 Mac membabitkan RM1.3 bilion untuk lima juta penerima STR supaya dapat dinikmati menjelang Aidilfitri. Jadi mula berperingkat mulai 10 Mac," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Image via Free Malaysia Today (FMT)Penjawat awam turut terima bantuan
Dalam masa sama, Perdana Menteri turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah, termasuk kakitangan lantikan kontrak. Bayaran tersebut akan disalurkan pada 13 Mac 2026.
Selain itu, pesara kerajaan serta veteran tentera berpencen dan tidak berpencen turut menerima bantuan RM250 pada tarikh yang sama. Lebih menarik, bantuan ini juga dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo!Imam, bilal dan guru KAFA turut terima RM500
Kerajaan juga tidak melupakan golongan yang berkhidmat di institusi agama.
Seramai kira-kira 70,000 individu termasuk imam, bilal, tok siak, noja, marbut serta guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan takmir akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, yang turut dibayar pada 13 Mac.
Dalam perkembangan lain, kerajaan turut meluluskan perluasan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa kepada lebih banyak institusi pengajian tinggi.
Antara institusi yang kini turut layak ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), universiti berkaitan kerajaan serta institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.
Melalui inisiatif ini, pelajar boleh menikmati subsidi tiket penerbangan bernilai RM400 bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
Untuk tahun 2026, program itu dijangka memanfaatkan lebih 50,000 pelajar, meningkat berbanding 44,000 pelajar tahun lalu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 