Statistik Kes Bunuh Diri Dalam Negara Paling Ramai Membabitkan Golongan Lelaki
Difahamkan, 80% dari kes bunuh diri membabitkan lelaki belia dan bekerja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lebih 80 peratus daripada 5,857 kes bunuh diri dilaporkan membabitkan golongan lelaki terutamanya kalangan belia dan bekerja
Menurut laporan dari Berita Harian, jumlah ini telah dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Persidangan Meja Bulat Belia Bantuan Awal Menangani Bunuh Diri Belia yang telah diadakan semalam.
Angka ini merangkumi bagi tempoh 2020 sehingga Oktober lepas.
Berdasarkan data tersebut, sejumlah 1,813 kes melibatkan belia berusia 15 hingga 30 tahun.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata majoriti mangsa adalah daripada golongan lelaki, namun masih terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan.
Majoriti mangsa terdiri daripada golongan lelaki
"Kita tak ada angka (yang tepat) kerana banyak kes (cenderung bunuh diri) tidak dilaporkan dan apabila sudah menjadi kes bunuh diri, baru kita dapat data, kebanyakannya mangsa adalah lelaki dan sebab itu kita amat bimbang dengan laporan media kerana ia mendorong kepada berlakunya 'copy cat'." katanya lagi.
Stigma kekal menjadi cabaran utama kerana apabila belia cuba mendapatkan bantuan sering dilabel termasuk oleh pensyarah, rakan sekerja, guru dan ahli keluarga.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh
Image via Buletin TV3"Kita mendengar sendiri testimoni bahawa ada belia takut mendapatkan bantuan kerana bimbang masalah mereka dibincangkan dalam bilik guru atau tempat kerja." ulas Hannah Yeoh.
Ada yang diejek dengan istilah 'gila' atau 'perlu makan ubat' sebagai bahan jenaka.
Stigma ini menyebabkan ramai belia memilih untuk berdiam diri dari memohon bantuan.
Kebanyakan pemanggil talian bantuan terutamanya lelaki meletakkan telefon berulang-ulang kali sebelum bercakap sekaligu menunjukkan mereka dalam keadaan terdesak.
Terdapat kes individu yang menghabiskan masa mencari bantuan sehingga setahun sebelum mendapat rawatan dan ada juga yang akhirnya menjadi sebahagian daripada statistik kerana salah rujukan atau menerima label yang negatif.
Meminta bantuan, adalah tanda kekuatan.
Jika anda atau sesiapa yang anda kenal dalam keadaan kesunyian, tertekan, atau mengalami fikiran negatif, mohon telefon talian Malaysia ini:
1. BEFRIENDERS KL
24-jam
Tel: +603-76272929
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
2. TALIAN KASIH
24-jam
Tel: 15999
WhatsApp: +6019-2615999
Emel: [email protected]
Website | Facebook
3. BUDDY BEAR CHILDLINE
Setiap Hari (12 tengahari – 12pagi)
Tel: 1800-18-2327
Emel: [email protected]
Facebook | Instagram
Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman web Malaysian Mental Health Association atau MINDAKAMI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 