Starbucks Malaysia Mohon Maaf, Pecat Barista Yang Terlibat Dalam Kejadian Di KLIA2

Dalam video tersebut, kedengaran jelas dirinya menyebut perkataan "bodoh.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok & KLIA2
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang barista Starbucks dilaporkan diberhentikan kerja selepas tular sebuah rakaman video di media sosial

Di dalam video berkenaan, memaparkan dirinya mengucapkan perkataan "bodoh" terhadap dua pelanggan warga asing di cawangan Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2).

Rakaman pendek yang tersebar luas di media sosial itu memperlihatkan barista berkenaan kelihatan berang apabila pelancong terbabit mengalami kesukaran untuk membuat pesanan.

Dia kemudian menjelaskan bahawa minuman yang diminta hanya ditawarkan semasa promosi bulan Oktober dan tidak lagi terdapat dalam menu semasa, sebelum menunjukkan pilihan minuman lain.

Namun, dalam video tersebut, kedengaran jelas dirinya menyebut perkataan "bodoh".

Insiden berkenaan mencetuskan kritikan meluas dalam kalangan warganet yang menyifatkan tindakannya sebagai tidak profesional serta mencemarkan imej perkhidmatan pelanggan.

SAYS.com
Image via TikTok

Starbucks mohon maaf, pekerja dipecat atas insiden berkenaan

Starbucks Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan segera susulan semakan dalaman berhubung insiden berkenaan.

"Kami amat kesal kerana tingkah laku yang ditunjukkan oleh barista terbabit sama sekali tidak mencerminkan nilai yang kami junjung di Starbucks.

"Kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang mesra dan inklusif kepada semua pelanggan, tanpa mengira latar belakang, kewarganegaraan atau bahasa yang digunakan,"
katanya.

Syarikat itu turut mengesahkan bahawa barista berkenaan telah diberhentikan berkuat kuasa 21 September, selain menegaskan bahawa pihaknya sedang memperkukuh program latihan bagi meningkatkan kepekaan budaya, komunikasi berhemah, dan standard perkhidmatan pelanggan.

"Kami dengan tulus memohon maaf kepada pelanggan yang terlibat serta kepada orang awam atas insiden ini.

"Di Starbucks, rasa hormat adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi," tambah kenyataan itu.

SAYS.com
Image via Starbucks Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik