Staf Indoor Playground Dedah Sikap Ibu Bapa ‘Lepas Tangan’, Selamba Tinggal Anak Berjam-Jam
Tak faham kenapa ada parents yang sanggup tinggal anak berjam-jam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang pekerja indoor playground meluahkan rasa kecewa apabila semakin ramai ibu bapa mengambil mudah soal keselamatan anak sepanjang berada di kawasan permainan
Menerusi ciapan yang tular di laman Threads, individu tersebut berkongsi beberapa insiden membabitkan sikap 'lepas tangan' dan kurangnya common sense dalam kalangan ibu bapa, terutamanya pada hari minggu dan waktu puncak.
Katanya, ada ibu bapa yang menjadikan indoor playground sebagai 'tempat tinggal sementara' supaya mereka boleh keluar makan atau membeli-belah, sedangkan staf tidak mampu memantau setiap pergerakan kanak-kanak yang masuk dalam jumlah terlalu ramai.

Gambar sekadar hiasan.
Image via TheSmartLocal Malaysia"Ramai, memang ramai sangat I jumpa parents yang tak ada common sense and ramai tinggalkan anak main sorang2 expecting us to take care of their kids. Maaf cakap, kalau tak ramai okay lagi.
Kalau weekend, peak hours, budak masuk berpuluh2 tak ada nak perasan sorang budak tengah buat apa. Jangan expect staff boleh focus anak kau 100%," katanya.
Anak panjat keluar tembok lari ke luar, parents 'hilang' dan staf pula yang terkejar-kejar
Menurut pekerja terbabit, insiden kanak-kanak keluar daripada kawasan permainan bukanlah perkara baharu. Ada yang memanjat tembok, malah ada yang terlepas keluar ketika pintu dibuka.
Lebih merisaukan, ibu bapa mereka langsung tidak berada di lokasi.
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun pernah hampir hilang. Setelah staf memaklumkan kepada ibunya, reaksi wanita itu sangat mengecewakan.
"Dekat rumah pun suka panjat2 tak boleh duduk diam. I'm so speechless that time like HOW CAN YOU NOT WORRIED?," luahnya geram.
Anak nak terkencing dalam playground, 6 daripada 10 ibu bapa tak jawab panggilan telefon
Katanya, staf yang sepatutnya di kaunter akhirnya menjadi 'pengasuh tak berbayar'.
"We're short staffed here on counter and now one of us have to teman bawa pergi tandas, buka seluar basuh anak kau. Yes, we did this sebab budak tu tak tahu buat sendiri. Dah jadi pengasuh tak berbayar. Lepastu mmg kena la, aku tegur parents dia knp tak angkat," katanya lagi.
Indoor playground biasanya mempunyai polisi jelas seperti kanak-kanak bawah lima tahun wajib ditemani penjaga. Namun ramai ibu bapa tetap berkeras tidak mahu masuk.
Pekerja itu berkata, bergaduh dan berdebat dengan ibu bapa sudah menjadi rutin harian. Ada yang meninggikan suara, ada juga yang memaksa staf benarkan anak dua atau tiga tahun masuk tanpa pengawasan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via TheSmartLocal MalaysiaAmbil pakej 3 jam, tapi anak ditinggalkan tanpa air & makanan
Lebih menyedihkan, ada ibu bapa membeli pakej permainan berjam-jam tetapi langsung tidak datang menjenguk anak. Malah, mereka tidak menyediakan air minuman atau snek.
"Budak datang pada kami cakap dia lapar, dia dahaga. Walaupun bukan anak kami, memang kesian sangat," katanya.
Jelasnya lagi, situasi itu bukan sekali dua, malah sudah berlaku beberapa kali.
"Ada satu ni I ingat sampai skrg. Happened 9 month ago, 'korang ni kerja makan gaji buta je ke tak reti nak tengok anak orang?' Parents marah staff sebab anak dia hampir tersembam muka masuk kolam ikan. I berlari tangkap anak dia. Budak 2 tahun. Kami explained staff jaga counter and boleh tengok2 camtu je.
"To all parents, please la sayangi anak anda and don't be irresponsible parents. We as playground indoor staff we're very worried towards kids yang ada parents perangai macam ni. I wish issue viral ni buat parents sedar bahaya tinggal anak even if indoor playground," tambahnya lagi.
Lihat Threads di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 