ST, TNB Perangi Kes Kecurian Elektrik Perlombongan Mata Wang Kripto Secara Haram

Selain kerugian kewangan, kegiatan ini mengundang risiko keselamatan serius kepada masyarakat.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dengan kerjasama Tenaga Nasional
Berhad (TNB) telah mengadakan operasi penguatkuasaan bersepadu untuk membanteras kegiatan penggunaan elektrik secara tidak sah yang dikaitkan dengan perlombongan mata wang kripto baru-baru ini

Operasi ini membabitkan serbuan ke atas tujuh premis di sekitar Alor Setar yang disyaki menjalankan aktiviti perlombongan mata wang kripto dengan menjalankan aktviti mencuri elektrik.

Kerugian akibat penggunaan elektrik secara tidak sah daripada premis berkenaan dianggarkan berjumlah RM273,679 sebulan.

"Operasi ini diketuai oleh Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, bersama Pengarah Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan, ST, Ismail Zaili Yusop. Selain turut disertai oleh pihak TNB dalam menjayakan operasi ini," katanya dalam satu kenyataan media.

SAYS.com

Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bersama Pengarah Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan, Suruhanjaya Tenaga, Ismail Zaili Yusop ketika sidang media selepas operasi penguatkuasaan di Kedah.

Image via Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia)

Menurut data terkini, sejak 2018 kecurian elektrik berkaitan perlombongan Bitcoin telah merekodkan kerugian keseluruhan mencecah RM4.8 bilion

'Kegiatan ini dijalankan secara tersembunyi dan semakin sukar dikesan. Premis yang terbabit kebiasaannya beroperasi 24 jam tanpa kehadiran pekerja ("unmanned") serta dilindungi oleh sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu besi berlapis.

"Sindiket menggunakan taktik menyambung terus dari talian servis TNB tanpa melalui meter, menjadikan pemantauan penggunaan elektrik lebih mencabar. Malah, banyak permohonan bekalan elektrik dibuat menggunakan identiti palsu atau syarikat tidak sah.

"Keadaan dalam salah satu premis yang diserbu menunjukkan sambungan elektrik haram dan berselirat digunakan bagi mengendalikan mesin perlombongan Bitcoin secara haram," katanya lagi dalam satu kenyataan media.

SAYS.com
Image via Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia)

Dalam pada itu, selain kerugian kewangan, kegiatan ini mengundang risiko keselamatan serius kepada masyarakat.

"Pemasangan kabel yang tidak mengikut spesifikasi boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran dan litar pintas.

"ST memaklumkan bahawa aktiviti perlombongan Bitcoin belum diklasifikasikan sebagai jenayah oleh kerajaan dan tidak dikawal selia oleh mana-mana agensi tunggal.

"Tindakan undang-undang di bawah Seksyen 37(3), Akta Bekalan Elektrik 1990 juga memberi ruang untuk hukuman berat dikenakan terhadap pelaku, termasuk denda sehingga RM5 juta dan penjara hingga 10 tahun, bergantung kepada kategori pengguna dan rekod kesalahan," ujar kenyataan itu lagi.

ST menyeru orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan

"Boleh hubungi melalui talian 03-8870 8800 atau emel ke [email protected]. Pemberi maklumat yang membantu membawa kepada sabitan boleh menerima ganjaran di bawah Seksyen 44 Akta Bekalan Elektrik 1990, iaitu sehingga 50 peratus daripada jumlah denda yang dikenakan, tertakluk kepada kelulusan mahkamah.

"Pemilik premis pula disarankan membuat permohonan Change of Tenancy (COT) kepada TNB sebelum menyewakan hartanah mereka, bagi mengelakkan risiko ditanggung beban bil tertunggak akibat aktiviti haram penyewa," katanya.

Komitmen ST juga berterusan dalam mempergiat program kesedaran, pemantauan serta pelaksanaan undang-undang.

"Ia bagi membendung kes kecurian tenaga secara sistematik dan memastikan keselamatan pengguna serta kelestarian tenaga negara terus terpelihara," ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: