SPRM Bakal Terbit Buku Siasatan 1MDB, Dedah Kronologi & Bukti Kes

SPRM ketika ini menunggu penghakiman penuh kes berkenaan sebelum penerbitan buku itu dilaksanakan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Financial News
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menerbitkan sebuah buku yang merakam kejayaan luar biasa siasatan selama sedekad terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Pendedahan itu berasaskan fakta penyiasatan serta penghakiman mahkamah semata-mata, tanpa mengelirukan mana-mana pihak.

Menerusi laporan Buletin TV3, buku berkenaan dijangka memperincikan individu-individu sebenar yang terlibat dalam skandal kewangan terbesar dunia itu, termasuk figura yang digelar 'Putera Arab' yang pernah dikaitkan dengan sumbangan dana kepada 1MDB.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penerbitan buku tersebut bertujuan menjadi dokumen rujukan masyarakat bagi memberikan kefahaman menyeluruh mengenai kes berkenaan, selain memperbetulkan pelbagai persepsi yang timbul sepanjang proses perbicaraan berlangsung.

SAYS.com
Image via CNN

SPRM kini menunggu penghakiman penuh kes berkenaan sebelum meneruskan penerbitan buku itu

Difahamkan, SPRM ketika ini menunggu penghakiman penuh kes berkenaan sebelum buku tersebut diterbitkan.

"Saya berhasrat untuk buku kes ini (1MDB) dan sedang menunggu penghakiman penuh daripada Hakim sebelum ia boleh dibukukan. Saya kira langkah membukukan kes ini akan menjadi satu dokumen masyarakat dan dokumen awam supaya masyarakat boleh membacanya.

"SPRM mahu ia menjadi bahan bacaan awam supaya masyarakat faham, kerana masyarakat hari ini membuat kesimpulan melalui maklumat yang pendek, daripada media sosial. Mereka membuat satu kesimpulan tanpa fakta sebenar.

"Sebagai contoh membabitkan Putera Arab Saudi. Sebenarnya, kalau ikut keterangan, kami sendiri tak tahu siapa putera yang dikatakan itu. Adakah beliau adalah putera yang betul? Ini semua tercatat dalam dokumen mahkamah," katanya.

SAYS.com

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki.

Image via Berita Harian

Siasatan terhadap 1MDB bermula pada 2015 dan berkembang menjadi antara skandal kewangan terbesar dunia, melibatkan dakwaan penyelewengan dana berbilion ringgit melalui transaksi merentas negara.

Di Malaysia, siasatan dijalankan oleh SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara melibatkan kesalahan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram, dengan fokus awal kepada transaksi luar negara, pembelian aset mewah dan aliran dana ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri.

Siasatan turut melibatkan kerjasama antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerland dan Singapura.

Kemuncaknya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 mensabitkan Datuk Seri Najib Razak atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International, dengan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.

Beberapa kes lain berkaitan 1MDB masih dalam perbicaraan dan peringkat pemulihan aset.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: