SPM Cemerlang & Dapat Biasiswa, Pelajar Melayu Dari Sekolah Cina Cetus Inspirasi Ramai

Hebat anak muda!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar Melayu dari sekolah menengah persendirian Cina menjadi antara penerima Biasiswa Kecemerlangan Negeri Sabah 2025

Ia disampaikan kepada pelajar cemerlang SPM negeri itu dalam satu majlis rasmi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin, 21 Julai lalu.

Bapanya, Profesor Dr Mohammad Adam Bakar, Pengarah Sekolah Siswazah Saito, berkata kejayaan anaknya adalah hasil daripada didikan dalam persekitaran berbilang budaya yang sengaja diterapkan sejak kecil.

"Saya mulakan dengan menghantar mereka ke tadika campuran, kemudian ke Sekolah Rendah Swasta Datuk Simon Fung, dan seterusnya ke Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah. Ia terasa seperti pilihan yang paling semula jadi,
" katanya kepada New Straits Times selepas anaknya, Mohammad Arif, diumumkan sebagai salah seorang penerima biasiswa berprestij itu.

Dr Adam yang juga bapa kepada empat orang anak percaya pendedahan awal kepada kepelbagaian budaya memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri dan kejayaan anak-anaknya.

SAYS.com

Mohammad Arif (dua dari kiri) bersama ibunya, ayahnya, dan abang sulungnya yang turut menerima biasiswa yang sama pada tahun 2022.

Image via New Straits Times

Berasal dari Kedah, Dr Mohammad Adam pernah berkhidmat lebih dua dekad sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Dia sebelum berhijrah ke Sabah bersama isterinya demi memberikan pengalaman hidup yang berbeza kepada anak-anak mereka.

Menurut ahli akademik itu, struktur sosial di Sabah sangat berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia, yang menurutnya masih terperangkap dalam "silo" etnik di sekolah dan pergaulan harian.

"Di Semenanjung, kita sering bercakap tentang masyarakat majmuk, tapi sempadan kaum masih jelas kelihatan. Di Sabah, garis-garis itu lebih kabur. Masyarakat di sini lebih bebas bergaul merentasi komuniti," katanya.

SAYS.com

Mohammad Arif menerima anugerah Pelajar Cemerlang MADANI SPM 2024 pada bulan Jun, yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin.

Image via @mpchanfoonghin (Instagram)

Sementara itu, Mohammad Arif, 18, mengakui pengalaman menyesuaikan diri di sekolah aliran Cina bukan sesuatu yang mudah pada mulanya

"Pada mulanya memang rasa tak selesa sebab saya perlu sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Bahasa memang jadi cabaran utama.

"Tapi selepas beberapa tahun, terutamanya lepas situasi COVID-19 reda, saya mula dapat rentak, prestasi dalam kelas makin baik dan saya jadi lebih terbuka untuk bergaul,"
kongsi pelajar Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah itu.

Kini, dengan keputusan cemerlang 9A+ dan 1A dalam SPM, Mohammad Arif tersenarai antara pelajar terbaik negeri. Beliau merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam program A-Levels sebelum menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Australia atau UK.

Beliau merupakan salah seorang daripada 117 pelajar cemerlang yang menerima Biasiswa Kecemerlangan Negeri Sabah, yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tahniah diucapkan! Semoga terus maju jaya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: