“Sopan Tapi Tegas” – Aksi Lelaki Berbaju Batik Tegur Pemandu Singapura Isi RON95 Tular

Baguslah tak ada pergaduhan yang teruk.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @kamaghul (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah video berdurasi 53 saat tular di media sosial memperlihatkan seorang lelaki berbaju batik seorang warga Singapura

Di dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat menegur seorang pemandu kereta berplat Singapura yang didapati mengisi minyak subsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Johor Bahru.

Dia menghampiri kereta terbabit sebelum mengingatkan pemandu bahawa RON95 hanya dikhaskan untuk kenderaan berdaftar di Malaysia.

Menariknya, perbualan tersebut berlangsung dengan tenang tanpa sebarang provokasi mahupun pertikaman lidah.

Sikapnya yang berhemah namun tegas menerima pujian ramai netizen.

Ada yang memuji cara beliau mengendalikan situasi itu, manakala seorang lagi menyifatkan keberaniannya sebagai contoh bahawa "jika lebih ramai berani bersuara, orang luar tidak akan sewenang-wenangnya menyalahgunakan subsidi kita".

Malah, seorang pengguna di platform X turut menggelarnya sebagai seorang wira. Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 26 Ogos lalu.

SAYS.com
Image via @kamaghul (X)

Selain memuji tindakan lelaki berbaju batik itu, ada juga netizen yang menekankan soal penguatkuasaan

Mereka berpendapat bahawa pekerja stesen minyak sepatutnya lebih peka kerana stesen boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000 jika membenarkan kenderaan asing mengisi RON95.

Malah, Jabatan Kastam juga boleh mengenakan denda sama terhadap pemandu asing yang cuba membawa keluar bahan api bersubsidi dari Malaysia.

Namun, tidak kurang juga yang melontarkan komen sinis dengan menyindir situasi itu, antaranya berkata, "RON97 cuma 99 sen je".

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik