‘Smart Lock’ Silap Orang, Terbuka Sendiri Untuk Rider Yang Muka Seiras Tuan Rumah

Pemilik rumah berkenaan berkata, ini merupakan kali pertama insiden sebegitu berlaku kepadanya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Top Security Door & China News
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pintu pintar biasanya direka untuk menghalang penceroboh, namun lain pula yang terjadi apabila seorang penghantar makanan di China berjaya 'membuka' pintu hanya dengan wajahnya

Menurut laporan China News, seorang pemilik rumah berkongsi pengalaman pelik itu di media sosial selepas pintu pintarnya tersilap mengecam wajah penghantar makanan sebagai dirinya, sekali gus membuka kunci secara automatik.

Kejadian berlaku pada malam 10 Ogos lalu, ketika pemilik rumah tersebut sedang menyiapkan kerja rumah di atas katil.

Dia berkata, penghantar makanan itu hanya menggantung pesanan di tombol pintu sebelum sistem pengecaman wajah pintu pintar itu tiba-tiba aktif.

Tanpa disangka, pintu terus terbuka sendiri. Terkejut dengan insiden itu, lelaki berkenaan segera mengambil swafoto sebagai bukti bahawa dia tidak pernah bangun meninggalkan katil ketika pintu berayun terbuka.

SAYS.com
Image via Chian News

Pemilik rumah yang dikenali sebagai Shi memberitahu media bahawa wajah penghantar makanan itu memang mempunyai sedikit iras dengan dirinya

Katanya lagi, dia telah pun menghubungi khidmat pelanggan pengeluar kunci pintar berkenaan untuk melaporkan isu itu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Weibo, kedengaran staf syarikat tersebut menjelaskan bahawa insiden itu 'sepatutnya tidak berlaku' dan kemungkinan berpunca daripada masalah perisian ataupun perkakasan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Notebook Check

Shi berkata ini merupakan kali pertama dia berdepan dengan insiden sebegini sejak menggunakan kunci pintar tersebut.

Namun begitu, dia turut mengakui peranti itu bukanlah sentiasa berfungsi dengan sempurna kerana ada ketikanya ia memerlukan imbasan kedua untuk benar-benar mengesahkan wajah seseorang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik