SK Taman Seri Rembau Lakar Sejarah Di Festival Tarian Antarabangsa Paris, Perancis

Terbaiklah anak-anak Malaysia!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Rembau dari Negeri Sembilan mencipta sejarah apabila sepuluh muridnya berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dengan menyapu bersih empat kategori dalam 35th International Competition & Festival of Folklore, Dance & Music yang berlangsung di Paris, Perancis pada 28 Oktober lalu

Menurut laporan Harian Metro, pasukan yang dikenali sebagai Seri Baiduri itu turut dinobatkan sebagai juara keseluruhan Crystal Grand Prix Dance Group Folklore, menewaskan lebih 50 kumpulan lain dari seluruh dunia.

Jurulatihnya, Mohd Ainuddin Mohd Ramlan, 34, yang juga guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan berkata kemenangan tersebut adalah hasil usaha dan dedikasi luar biasa murid-muridnya yang telah berlatih selama bertahun-tahun.

"Pasukan Seri Baiduri ini terdiri daripada murid berusia 11 dan 12 tahun merangkul kategori utama pertandingan yang disertai lebih 50 pasukan dari seluruh dunia.

"Kami turut mendapat tempat pertama kategori Solo Folklore (kanak-kanak) menerusi Ahmad Redza Yussaini Zamir dan tempat pertama Duo Folklore (kanak-kanak) yang dipersembahkan Muhammad Nur Ziqri Helmy Rizal serta Nur Imani Khairunnisa Ahmad Tajudin.

"Manakala saya sendiri mendapat tempat pertama bagi kategori Solo Folklore (dewasa),"
katanya.

Dari kampung ke pentas dunia

Menurut anak jati Seremban itu, antara tarian yang berjaya memikat hati juri termasuk joget kreatif, tarian Murut Sabah kreatif, tarian Balqis dan inang kreatif. Ia merupakan gabungan yang mencerminkan keindahan budaya Malaysia dalam bentuk persembahan moden dan segar.

Mohd Ainuddin mendedahkan bahawa impian membawa murid luar bandar menjelajah dunia bermula sejak mereka berusia sembilan tahun lagi.

"Saya tengok mengenai maklumat pertandingan ini di atas talian dan buat permohonan untuk sertai. Sesiapa sahaja boleh mohon, asalkan ada dana yang cukup.

"Ada juga pasukan dari Malaysia yang ke pertandingan ini sebelum ini dan bagi Negeri Sembilan, saya rasa ini pasukan pertama. Untuk merealisasikan impian ini, kami perlu mengumpul dana sendiri.

"Ini termasuk memohon sumbangan, membuat persembahan dan sebagainya. Rasanya usaha kami berlatih bersungguh-sungguh terbalas dengan kemenangan yang luar biasa ini,"
katanya lagi.

Kejayaan itu juga tidak datang tanpa sokongan. Mohd Ainuddin mengakui banyak pihak tampil membantu, termasuk Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan, selain guru besar dan rakan-rakan guru yang sama-sama berkorban masa dan tenaga.

"Sebenarnya banyak pihak yang membantu sama ada dari sokongan moral, bantuan kewangan dan tenaga kerja. Terima kasih saya ucapkan terutama kepada Guru Besar, Zulkarnain Abd Kadir dan guru-guru seperti Aimi Zahirah Zakaria, Aida sorfina Zulpakar, Mazlini Abu Bakar dan Nur Shazwani Nordin.

"Syukur, jika tidak menang sekalipun, saya gembira dan berbangga kerana berjaya membawa anak-anak ini untuk merasai pengalaman membuat persembahan di negara orang,"
ujarnya.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: