Situasi Parking Terlalu Huru-Hara Di Rumah Flat, Netizen Risau Kereta Terlalu Banyak

'Double park' terlalu banyak kerana tiada parkir.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @shahrimtamrin / X
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru terdapat satu video viral dimana lori sampah menghadapi kesukaran untuk melalui satu kawasan rumah flat

Kesukaran ini berpunca daripada keadaan parkir di kawasan flat itu yang terlalu padat dengan kereta sehingga menyukarkan kerja lori sampah.

Dilaporkan oleh New Straits Times, video itu menunjukkan kereta yang parkir terlalu dekat secara tidak selamat sehingga trak itu hanya mempunyai ruang yang sangat kecil untuk dilalui.

SAYS.com
Image via @shahrimtamrin / XImage via

Masalah apabila parkir merata-merata tanpa memikir kesannya

Dikongsikan oleh @shahrimtamrin, dia mengatakan ini adalah masalah dunia pertama.

"Masalah dunia pertama, parking merata Malaysia selagi boleh. Ini menunjukkan Negaraku adalah negara yang berpusatkan kereta. Lori sampah pun tak lepas. Ini kalau kebakaran atau sakit mengejut atau bencana, bagaimana trak bomba atau ambulans nak lalu?" katanya di X.

Beberapa komen lain turut merasakan situasi yang sama dengan apa yang dilihat. Ramai sebenarnya risau dengan peningkatan jumlah kereta di Malaysia yang kian meningkat sehingga tidak ada lagi ruang parkir yang sesuai.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via BERNAMA

Menurut satu komen daripada @sanshaf, dia telah berkongsi bahawa hampir 70,000 kereta baru terjual setiap bulan di Malaysia.

"Saya tidak tahu bagaimana kita mahu menampung 70,000 kereta baru di jalan dan parkir setiap bulan," katanya.

Seorang lagi pengguna , @RandomHistoryG4, mengatakan Malaysia patut mempunyai undang-undang sama seperti Jepun dimana jika anda mahu membeli sebuah kereta anda perlu mempunyai bukti kukuh anda mempunyai parkir buat kereta itu.

Video ini telah menunjukkan masalah kehidupan di tempat yang ramai penduduknya, terutama di kawasan tempat tinggal, dan kebergantungan rakyat Malaysia terhadap kereta tanpa menggunakan pengangkutan awam.

Tonton video penuh di sini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: