Siti Nurhaliza Diiktiraf Sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara, Kekal Penyanyi No. 1 Malaysia

Tahniah buat biduanita negara kita.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 46, melahirkan rasa syukur dan tidak menyangka apabila dirinya dinobatkan sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara

Ia sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi wanita nombor satu negara.

Pengiktirafan berprestij itu diberikan susulan kejayaan luar biasa Siti yang telah meraih hampir 300 anugerah sepanjang tiga dekad pembabitannya dalam industri muzik, menjadikan beliau ikon seni suara yang bukan sahaja disegani di Malaysia, tetapi turut dihormati di peringkat serantau.

SAYS.com
Image via NSTP/Aziah Azmee

Syukur atas kejayaan yang diterima

"Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga atas kejayaan ini. Saya pun sebenarnya tidak fikir fasal ini (untuk menang anugerah) kerana sibuk dengan aktiviti dan juga kerja yang perlu diselesaikan.

"Jadi, kalau ada pihak-pihak yang menghargai kerjaya seni saya selama ini, syukur Alhamdulillah kepada rezeki Allah. Ini kerana, saya bekerja selama ini pun atas sebab cinta dan minat terhadap muzik.

"Malah, kejayaan ini saya anggap sebagai suntikan semangat untuk lebih maju lagi pada masa akan datang. Bagi saya, setiap orang boleh melakukan yang terbaik dalam diri dan sumbangan kepada negara,"
katanya kepada Harian Metro.

SAYS.com
Image via @SeaAsia Stats (Instagram)

Ditanya mengenai pandangannya terhadap pengiktirafan berkenaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan bahawa dirinya masih kekal aktif dalam dunia nyanyian bukan kerana memburu anugerah, tetapi semata-mata kerana cinta mendalam terhadap seni.

"Pada masa sekarang, saya sudah berada dalam fasa memberi semula kepada masyarakat dalam apa sahaja yang saya lakukan. Malah, status legenda itu adalah satu penghargaan yang besar buat saya.

"Bagaimanapun, saya tidak mahulah status itu (Legenda Muzik Asia Tenggara) membuatkan saya tertekan atau terbeban. Apa yang penting, saya dapat teruskan dengan kerja yang bagus," katanya.

Terdahulu, SeaAsia Stats melaporkan bahawa nama Siti Nurhaliza secara rasmi direkodkan sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara yang mewakili Malaysia, hasil kejayaan luar biasanya dalam industri seni tanah air sehingga kini.

Selain Siti, beberapa lagi nama besar turut disenaraikan, termasuk penyanyi tersohor Iwan Fals dari Indonesia, Bird Thongchai dari Thailand, Regine Velazquez dari Filipina serta Maria Aires dari Brunei Darussalam, ia sekaligus mengangkat martabat artis Asia Tenggara di pentas antarabangsa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: