Sistem Kesihatan Awam Di Malaysia Sebenarnya Antara Yang Terbaik Di Dunia

Pesakit boleh mendapatkan ubat-ubatan bernilai hingga RM2,000 untuk kegunaan selama dua bulan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via ASWADI ALIAS./ NSTP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai tak sedar, sistem kesihatan awam negara sebenarnya antara yang terbaik di dunia bila dibandingkan dengan kos rawatan di hospital swasta

Contohnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dengan hanya RM1, pesakit boleh mendapatkan ubat-ubatan bernilai hingga RM2,000 untuk kegunaan selama dua bulan.

Sementara itu, untuk rawatan doktor pakar pula, caj yang dikenakan hanyalah RM5, jauh lebih murah berbanding bayaran ratusan ringgit di fasiliti swasta.

Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah HKL, Datuk Dr Harikrishna KR Nair, menyifatkan tiada negara di Asia Tenggara atau dunia mampu menawarkan khidmat kesihatan pada kadar caj minimum dengan bekalan ubat-ubatan dan rawatannya berkualiti tinggi seperti Malaysia.

Tambah beliau, caj RM1 yang dikenakan bukan berdasarkan harga ubat, sebaliknya ia hanya bayaran bagi perkhidmatan kesihatan.

"Jika kita tengok negara lain, memang tiadapun yang meletakkan caj perkhidmatan kesihatan serendah RM1 walaupun negara Asia Tenggara.

"Dengan bayaran RM1, ubat-ubatan yang diterima pesakit adalah pada harga sekitar RM500 hingga RM2,000 dengan kualiti ubat sama dengan diberikan kemudahan rawatan di swasta.

"Malah ada sesetengah ubat-ubatan itu lebih baik, sama ada generik ataupun yang asli. Anda tunggu lama tetapi dapat banyak ubat yang berkualiti," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Bekalan ubat yang diberikan boleh tahan sehingga tempoh dua bulan

Menurut Dr Harikrishna, pemberian ubat dalam jumlah besar di HKL bukanlah satu bentuk pembaziran, sebaliknya dibuat mengikut keperluan pesakit.

Katanya, setiap bekalan ubat diberikan untuk tempoh sehingga dua bulan, khususnya kepada pesakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan kolesterol.

"Kenapa kita beri banyak? Sebab ada pesakit yang perlu makan lima hingga 10 biji pil sehari. Jadi, lebih praktikal untuk bekalan dua bulan supaya mereka tak perlu kerap ulang-alik ke hospital yang memerlukan komitmen masa," jelasnya.

Beliau turut menambah, kos sebenar bagi perkhidmatan pakar di hospital kerajaan sebenarnya boleh mencecah ribuan ringgit, namun rakyat hanya perlu membayar beberapa ringgit sahaja, ia satu kemudahan yang sukar diperoleh di banyak negara lain.

SAYS.com

Pengarah HKL, Datuk Dr Harikrishna KR Nair.

Image via NSTP

Pesakit boleh dapatkan perkhidmatan pakar yang boleh mencecah ribuan ringgit

Dr Harikrishna menegaskan bahawa perkhidmatan kesihatan awam yang ditawarkan HKL sememangnya berbeza dengan fasiliti swasta, khususnya dari segi caj rawatan.

"Kita tidak caj yuran perundingan berbanding di hospital swasta yang boleh mencecah bayaran ratusan bagi tujuan itu. Selain itu, dewan pembedahan pun kita tidak caj," katanya.

Menurut beliau, Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC) HKL kini menerima kira-kira 2,000 pesakit setiap hari. Malah, KPI yang ditetapkan pengarah hospital adalah tidak lebih 90 minit menunggu sebelum berjumpa doktor.

Bagaimanapun, jelasnya, ada kes tertentu yang mungkin mengambil masa lebih lama kerana melibatkan pelbagai prosedur, dan setiap prosedur mempunyai tempoh menunggunya tersendiri.

Dalam usaha menambah baik mutu perkhidmatan, Dr Harikrishna berkata HKL sudah memohon tambahan perjawatan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menampung keperluan selepas siapnya projek naik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN).

"Malah HKL dijangka menerima kemasukan tenaga perubatan pada bulan depan," tambahnya.

Menyentuh isu ambulans, beliau menjelaskan bahawa faktor kesesakan lalu lintas di ibu kota tidak menjejaskan kecekapan penghantaran pesakit kerana adanya kerjasama masyarakat serta bantuan daripada ambulans sukarelawan.

SAYS.com
Image via NSTP/EIZAIRI SHAMSUDINImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: