Sistem Baharu Pendidikan Diperkenal, Prasekolah Umur 5 Tahun & Darjah Satu 6 Tahun Mulai 2027

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perubahan tersebut belum diwajibkan bagi memberi ruang persediaan kepada semua pihak.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bermula tahun hadapan, sistem pendidikan prasekolah akan ditetapkan pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun Satu pula seawal usia enam tahun

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan bahawa pelaksanaan ini masih belum bersifat wajib.

Langkah tersebut bertujuan memberi tempoh bertenang kepada semua pihak, terutamanya warga pendidik dan ibu bapa, untuk menyesuaikan diri serta membuat persiapan rapi terhadap ekosistem pendidikan baharu ini.

"Alhamdulillah, saya telah menghamparkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 sebagai landasan kepada reformasi pendidikan negara yang menyeluruh dan berani.

"Reformasi pendidikan ini mempertegas semula asas jati diri dan kenegaraan, memperkukuh intervensi di awal usia kanak-kanak, serta memartabatkan peranan guru.

"Pada masa yang sama, Rancangan Pendidikan Negara turut memperkasa sistem pendidikan tinggi supaya lebih terangkum dan adil, termasuk membuka akses lebih luas kepada pelajar miskin, pelajar berkeperluan khas dan bakat terbaik negara.

"Ikhtiar ini bukan sekadar mengubah struktur, tetapi membina insan yang berakar pada nilai, yakin pada identiti, cekal menghadapi perubahan, serta mampu mengangkat masa depan Malaysia dengan ilmu, adab dan ihsan," tulis beliau di laman Facebook miliknya.

Kenyataan tersebut disampaikan oleh beliau sewaktu berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 yang berlangsung di sini, hari ini.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: