Sissy Imann Bakal Kahwin Dengan Seorang Doktor Hujung Bulan Ini – “Kami Tak Bercinta Pun Pada Mulanya”
Tahniah Sissy bakal jadi isteri orang!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Teka-teki mengenai status hubungan Sissy Imann akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pelakon itu mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang doktor hujung bulan ini
Sissy, atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 29, berkata keputusan itu dibuat selepas hubungan yang bermula secara ringkas berubah menjadi ikatan lebih mendalam.
Menurut laporan Kosmo!, tarikh sebenar majlis tidak dapat didedahkan buat masa ini atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.
"Betullah, saya sahkan Insya-Allah akan berkahwin dalam masa terdekat. Itu sahaja boleh dikongsikan setakat ini. Saya mohon maaf tarikh secara spesifik itu tidak boleh maklum sebab hal itu lebih elok disimpan dahulu demi hormat keluarga sendiri dan keluarga pihak sana. Jadi biarlah info lanjut diumumkan pada waktunya.
"Hanya pohon doa semua. Apa boleh disahkan ialah bakal suami bukan rakan industri. Tiada kaitan dengan muzik pun," katanya.

Hubungan berlaku pantas, persiapan sudah 70%
Mengulas mengenai hubungan mereka, Sissy berkata perkenalan yang berlaku tahun ini berkembang dengan cepat seiring takdir.
"Kenal tahun ini. Rezeki kot, mungkin dah sampai masa. Persiapan pun dalam 70 peratus. Dia seorang doktor.
"Apa buat saya yakin, dia sangat menghormati keluarga. Itu keutamaannya. Usia dia tak dapat dikongsikan dahulu, nanti bila sudah sah semuanya barulah saya cerita.
"Sekarang kami belum bertunang. Terus nikah, cuma akan ada sesi bertunang dahulu sebelum akad nikah. Hujung tahun, Insya-Allah," ujarnya.

Sissy turut mendedahkan bahawa hubungan mereka tidak bermula sebagai pasangan kekasih, sebaliknya hanya sekadar kenalan.
"Kami tak bercinta pada mulanya. Kawan sahaja. Sampailah satu hari dia minta izin untuk jumpa ayah. Ingatkan nak bincang soal kolaborasi. Rupanya dia datang bagi tahu niat sebenar.
"Ayah pun tanya, kalau nak ke fasa seterusnya, bila nak kahwin? Lelaki tu cakap paling cepat tiga bulan, paling lambat enam bulan. Kami semua terkejut tapi itulah perjalanan takdir," katanya lagi.
Kisah mereka bermula secara tidak dirancang apabila Sissy bertemu lelaki tersebut ketika mendapatkan rawatan.
"Masa saya kenal dengan dia, dia tak tahu pun saya penyanyi. Dia memang tak tengok televisyen. Dia sebenarnya seorang doktor dan kami mula berkenalan pada tahun ini. Permulaan kami berkenalan pun sewaktu saya menjadi pesakitnya ketika itu," tambahnya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 