Sisi Gelap AI, Wanita Korea Ditahan Atur Plot Pembunuhan Guna ChatGPT
Difahamkan, dia menggunakan ChatGPT untuk mengetahui bahaya campuran ubat tidur dengan minuman keras.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita berumur 21 tahun dari Korea Selatan kini dituduh atas satu kes pembunuhan
Dia telah dituduh oleh pasukan penyiasat setelah berkali-kali menggunakan ChatGPT untuk menyelidik cara membunuh orang menggunakan gabungan dadah dan alkohol.
Menurut laporan dari BBC, suspek dengan nama Kim telah dituduh meracun dua lelaki 20-an di sebuah motel di Seoul.
Menurut pegawai penyiasat, dia banyak kali bertanya kepada ChatGPT perkara seperti "Apa yang akan terjadi jika anda makan ubat tidur dengan alkohol?" dan "Adakah orang itu boleh mati?"

Kim mengaku memasukkan benzodiazepines ke dalam air mangsa
Kim sendiri mengaku dia telah memasukkan benzodiazepines ke dalam air mangsa.
Untuk pengetahuan umum, Benzodiazepines adalah satu preskripsi ubat yang digunakan untuk merawat insomnia, kegelisahan dan sawan.
Tetapi dia pada mulanya mengatakan dia tidak tahu kombinasi kedua-dua bahan ini boleh membawa maut.
Walaupun tidak mengaku, tetapi pihak pendakwa mengatakan sejarah ChatGPT miliknya menunjukkan dia sebenarnya tahu mengenai perkara ini.
Laporan mengatakan pertama kali Kim melakukan perkara ini adalah pada Disember tahun lepas apabila dia memberi air yang dicampur Benzodiazepines kepada temannya di satu tempat parkir kereta.
Lelaki itu terselamat dan Kim mula menyediakan air dengan dos yang lebih tinggi untuk memastikan dia berjaya membunuh.

Pembunuhan pertama Kim adalah pada 28 Januari di salah satu motel di Suyu-dong.
Menggunakan kaedah yang sama, Kim sekali lagi dituduh membunuh seorang lagi mangsa dan ditangkap pada 11 Februari lepas.
Polis kini masih dalam penyiasatan lanjut untuk mengenal pasti kaitan diantara mangsa dengan Kim.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja
Image via

Cover image via 