Sinkhole Muncul Di Jalan Gua Musang-Lojing, Laluan Kini Ditutup Kepada Semua Kenderaan

Kejadian lubang benam pertama di lokasi terbabit di kesan pada 23 November tahun lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 78, berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini, ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan berkuat kuasa hari ini

Menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan berkata, jalan terbabit ditutup bermula hari ini kepada semua kenderaan sehingga diberitahu kelak.

Menurut JKR, langkah tersebut terpaksa diambil susulan kejadian lubang benam yang berlaku di lokasi berkenaan, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Katanya, jalan terbabit ditutup akibat berlaku kejadian lubang benam di kawasan itu.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif yang di cadangkan dan sentiasa berhati-hati serta merancang perjalanan.

"Pengguna laluan boleh menggunakan laluan alternatif Gua Musang ke Sungai Koyan, Pahang, melalui Ringlet, Tapah dan Ipoh, Perak
," katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Kejadian lubang benam adalah ke lima di laluan terbabit 

Dalam perkembangan terbaharu, kejadian lubang benam yang berlaku pada 12 September lalu merupakan insiden kelima direkodkan di laluan berkenaan, sekali gus memaksa penutupan satu lorong dari Gua Musang ke Tanah Tinggi Lojing.

Lubang benam pertama di lokasi itu dikesan pada 23 November tahun lalu, menyebabkan laluan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Tidak lama selepas itu, pada 12 Disember, berlaku pula kejadian kedua dengan kedalaman kira-kira sembilan meter hanya lima meter dari lokasi lubang benam pertama.

Siri kejadian berterusan apabila lubang benam ketiga direkodkan pada 15 Mac lalu, masih di kawasan sama.

Kemudian, pada 27 Mac, laluan berkenaan dibuka semula kepada semua kenderaan ringan bersempena sambutan Aidilfitri, sebelum kembali berdepan insiden baharu September ini.

SAYS.com
Image via Jabatan Kerja Raya Gua Musang Kelantan (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: