Singapura Naikkan Caj Permit Kemasukan Kenderaan Asing Kepada RM155 Sehari Pada Hari Bekerja

Singapura juga akan memansuhkan pemberian 10 hari VEP percuma setahun dan pengecualian caj hari bekerja bagi kenderaan asing.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Business Today
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kenderaan berdaftar asing yang memasuki Singapura bakal berhadapan caj lebih tinggi bermula 1 Januari 2027

Hal ini menyusul selepas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura mengumumkan kenaikan yuran Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan kadar Permit Kenderaan Barangan (GVP).

Memetik laporan Bernama, di bawah yuran yang disemak semula, kereta berdaftar asing akan dikenakan caj SGD50 (RM155) sehari berbanding SGD35 (RM108) sebelum ini, manakala motosikal pula akan membayar SGD7 (RM22) sehari daripada kadar asal SGD4 (RM12.50).

Yuran VEP tersebut akan dikenakan pada setiap hari kecuali pada hujung minggu dan cuti umum Singapura.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Business Today

LTA juga akan memansuhkan kemudahan 10 hari VEP percuma setahun serta pengecualian caj pada waktu hari bekerja yang dinikmati kenderaan asing sebelum ini

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa tersebut menjelaskan bahawa ia menyemak semula yuran bagi kenderaan berdaftar asing secara berkala untuk memastikan kesetaraan dengan kos pemilikan dan penggunaan kenderaan yang berdaftar di Singapura.

"Ini adalah untuk memastikan kos memiliki dan menggunakan kenderaan berdaftar asing di Singapura adalah setimpal dengan kos kenderaan berdaftar Singapura.

"Perbezaan kos telah melebar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus menimbulkan keperluan untuk menaikkan yuran VEP bagi kereta dan motosikal berdaftar asing serta yuran GVP bagi kenderaan barangan berdaftar asing," kata LTA.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Free Malaysia Today

Sementara itu, Permit Kenderaan Barangan (GVP) bagi kenderaan barangan berdaftar asing akan meningkat daripada SGD40 kepada SGD70 (RM217) sebulan bermula Januari tahun depan

Pemilik masih boleh membeli GVP pada kadar semasa sebelum yuran semakan itu berkuat kuasa, namun permit dengan tempoh sah bermula dari tarikh kuat kuasa akan dikenakan kadar yang lebih tinggi.

Perubahan yuran ini dilakukan menjelang peralihan Singapura kepada sistem Elektronik Road Pricing (ERP) 2 baharu yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2027.

Kenderaan berdaftar asing tidak diwajibkan untuk memasang unit on-board (OBU) ERP 2 yang baharu, namun kenderaan yang memasuki Singapura tanpa unit tersebut akan dikenakan caj ERP kadar rata bagi setiap hari operasi mereka menggunakan jalan raya Singapura, iaitu SGD3 (RM9.30) sehari bagi motosikal dan SGD10 (RM31) sehari bagi semua kenderaan lain.

LTA menyatakan bahawa pemandu asing boleh memilih untuk memasang OBU bermula 1 April tahun ini, di mana pemasangan mesti dilakukan di Singapura di bengkel sah oleh juruteknik yang diluluskan.

Kos bagi OBU tersebut adalah SGD158.70 (RM492), tidak termasuk yuran pemasangan.

Pemasangan OBU akan diwajibkan bagi teksi Malaysia untuk tujuan pengesanan dan penguatkuasaan, tetapi kekal sebagai pilihan bagi kenderaan berdaftar asing yang lain.

LTA menambah bahawa butiran lanjut mengenai pemasangan OBU untuk pemandu asing akan diumumkan kelak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: