Singapura & Malaysia Kini Benarkan Teksi Untuk Hantar Penumpang Di Mana-Mana Lokasi
Kedua-dua kementerian berkata, kuota teksi rentas sempadan juga akan dinaikkan daripada 200 kepada 500 kenderaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Teksi rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura tidak lama lagi akan dibenarkan menghantar penumpang di mana-mana lokasi di kedua-dua negara di bawah peraturan baharu yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan hari ini
Menurut laporan New Straits Times, pada masa ini, teksi Malaysia hanya dibenarkan menurunkan penumpang di Terminal Ban San Street di Singapura, manakala teksi Singapura hanya boleh menurunkan penumpang di Larkin Sentral, Johor Bahru.
Di bawah aturan baharu ini, teksi akan dibenarkan menghantar penumpang di mana-mana lokasi, namun hanya boleh mengambil penumpang di point yang telah ditetapkan bagi mengelakkan mereka menawarkan perkhidmatan tempatan dari satu point ke point lain.

Dalam kenyataan bersama kedua-dua kementerian berkata, kuota teksi rentas sempadan juga akan dinaikkan daripada 200 kepada 500 kenderaan
Difahamkan, kedua-dua pihak turut akan bekerjasama untuk mewujudkan peraturan bagi perkhidmatan e-hailing rentas sempadan.
Kenyataan itu menambah bahawa teksi berlesen mesti mudah dikenal pasti melalui warna rasmi dan plat nombor kalis gangguan, serta perlu memasang unit ERP2 Singapura bagi memasuki republik tersebut.
"Bagi melindungi penumpang dan pengguna jalan raya yang lain, kedua-dua negara akan berusaha meningkatkan perlindungan insurans untuk teksi rentas sempadan dan mempercepatkan proses tuntutan sekiranya berlaku kemalangan," kata kenyataan itu.
Penambahbaikan dan prinsip yang dipersetujui oleh kedua-dua menteri pengangkutan mencerminkan komitmen berterusan kami dalam meningkatkan hubungan rentas sempadan dan pengalaman berulang-alik antara Singapura dan Malaysia.
Pegawai dari kedua-dua negara akan terus bekerjasama rapat dan bergerak pantas untuk melaksanakan perkhidmatan teksi dan bas yang dipertingkatkan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua kerajaan telah membincangkan penambahbaikan skim teksi rentas sempadan untuk meningkatkan kemudahan kepada pengembara semasa Retreat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 