Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47: 72 Sekolah Diarah Guna Kaedah PdPR Sementara Dua Hari

Ketetapan itu dibuat memandangkan sekolah berkenaan berada di laluan yang digunakan untuk membawa delegasi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 72 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 27 hingga 28 Oktober ini

Ia sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menteri Pendidikan, Datuk Fadhlina Sidek, berkata keputusan itu diambil selepas meneliti lokasi sekolah-sekolah berkenaan yang terletak di laluan utama digunakan untuk membawa delegasi dan pemimpin luar negara menghadiri sidang kemuncak tersebut.

"Pembelajaran akan berlangsung seperti biasa menerusi proses PdPR, yang melibatkan guru dan murid di 72 buah sekolah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Town Hall Antibuli: #GenerasiTanpaBuli bersama wakil murid di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

SAYS.com

Fadhlina pada Sesi Town Hall Anti Buli bersama wakil murid di bawah Kementerian Pendidikan di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang.

Image via Harian Metro

KPM merekodkan bilangan tertinggi projek lewat jadual di bawah RMK12

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur Oktober ini bakal menjadi tumpuan dunia apabila menghimpunkan barisan pemimpin global termasuk dari Amerika Syarikat, China, India, Australia, Kanada, Brazil, Afrika Selatan, Jepun, Korea serta negara anggota ASEAN sendiri.

Dalam perkembangan berasingan, Menteri Pendidikan Datuk Fadhlina Sidek turut mengulas mengenai laporan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merekodkan jumlah tertinggi projek kritikal tertangguh di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurutnya, pihaknya mengambil maklum tentang dapatan yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 dan akan memberikan penjelasan rasmi di Parlimen esok.

"Kita ambil maklum tentang LKAN tersebut dan esok, saya akan jawab dalam Parlimen berkaitan isu yang dibangkitkan.
Jadi, ini adalah respons awal kerana esok adalah ruang untuk setiap negeri menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan tersebut,"
katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa KPM mencatatkan bilangan tertinggi projek lewat jadual di bawah RMK12 sebanyak 46 projek, menurut LKAN 3/2025. Secara keseluruhan, laporan itu turut mendedahkan 157 projek kerajaan dikenal pasti lewat jadual setakat 31 Disember 2024, melibatkan 18 kementerian di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: