Siap Ada Parkir Khas 8 & 20 Rakaat, Idea Masjid Di Cyberjaya Ini Buat Ramai Teruja
Masjid lain pun kena buat macam ni juga, memudahkan!
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila masuk je bulan Ramadan, memang tak sah kalau tak dengar bunyi selawat dan bacaan imam bergema di masjid setiap malam
Walaupun penat bekerja seharian, ramai tetap usaha ke masjid untuk menunaikan solat tarawih. Suasana yang tenang, ruang solat yang selesa dan bacaan imam yang merdu memang jadi 'healing' terbaik selepas seharian berpuasa.
Tetapi pernah tak anda terfikir, ada pihak yang sudah fikir lebih jauh demi memudahkan urusan para jemaah?

Gambar sekadar hiasan.
Image via Malaysian GazetteBaru-baru ini, seorang pengguna Threads berkongsi satu inisiatif menarik yang dilihat di sebuah masjid di Cyberjaya
Menerusi perkongsian tersebut, masjid berkenaan menyediakan parkir khas mengikut jumlah rakaat solat tarawih yang ingin ditunaikan jemaah.
Menurut gambar yang dimuat naik, terdapat dua sepanduk berwarna berbeza:
Merah – Parkir khas untuk jemaah yang menunaikan 8 rakaat.
Biru – Parkir khas untuk jemaah yang menunaikan 20 rakaat.
Difahamkan, masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Raja Haji Fisabilillah.

Rupa-rupanya, idea tersebut bukanlah sesuatu yang baharu. Inisiatif sama juga telah lama dilaksanakan di Masjid Wilayah Persekutuan, di mana parkir turut dibahagikan mengikut 8 dan 20 rakaat.
Susula tularnya perkongsian tersebut, rata-rata netizen memuji usaha kreatif pihak masjid yang bukan sahaja memudahkan pergerakan kenderaan, malah membantu melancarkan aliran keluar jemaah terutama bagi mereka yang memilih untuk pulang lebih awal.
Ada juga yang menyifatkan pendekatan ini sebagai langkah bijak dalam menguruskan jumlah jemaah yang ramai setiap malam sepanjang Ramadan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



