Siap Ada Label Tarikh & Senarai Bahan, Usaha Peniaga Di Bazar Ramadan Labuan Dipuji

Bagusnya effort peniaga ni!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu inisiatif peniaga kecil di Labuan kini meraih pujian ramai apabila meletakkan label lengkap pada setiap bungkusan juadah yang dijual

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan, mereka berkongsi usaha positif peniaga tempatan yang disifatkan sebagai satu penanda aras baharu dalam landskap perniagaan jalanan.

Menurut mereka, penggunaan label maklumat bukan sekadar hiasan, sebaliknya mencerminkan amanah dan tanggungjawab peniaga dalam memastikan ketelusan ramuan, tempoh kesegaran serta keselamatan makanan kepada pengguna.

Malah, berdasarkan gambar yang dikongsikan, setiap juadah dilengkapi maklumat terperinci seperti nama dan alamat pembekal, nombor telefon, tarikh dibekalkan, senarai bahan pembuatan serta waktu selamat untuk dimakan.

Walaupun ada yang mungkin menganggap perkara tersebut remeh bagi makanan berharga murah, namun BKKM Labuan menegaskan langkah kecil itu memberi impak besar kepada keselamatan orang ramai

"Benda kecil di tangan penjual, tapi impaknya besar untuk keselamatan orang ramai. Terima kasih kepada peniaga kecil yang peka dengan label makanan! Anda hebat!" tulisnya.

Dalam masa sama, pihak BKKM turut menggalakkan peniaga lain untuk mula menyediakan label makanan, bukan hanya untuk memenuhi kriteria ditetapkan, tetapi sebagai tanda tanggungjawab terhadap pelanggan.

Tidak kurang juga yang menyamakan label tersebut dengan produk di pasar raya kerana tampil kemas dan profesional. Selain itu, inisiatif itu dilihat sangat membantu terutama kepada individu yang mempunyai alahan makanan kerana boleh menyemak kandungan bahan sebelum membeli.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via