SFAJL40: Imran Ajmain ‘Comeback’ Dengan Lagu Baharunya Seribu Tahun Lagi

Kesinabungan Seribu Tahun menunggu akhirnya berakhir dengan 'Seribu Tahun Lagi'.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TV3Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Imran Ajmain penyanyi yang terkenal dengan lagu baladanya telah membuat persembahan terbaharunya di pentas Separuh Akhir AJL40 (SFAJL40) malam ini

Artis kelahiran Singapura ini sebenarnya telah sudah menjadi warga berstatus Penduduk Malaysia dan disahkan di Threads oleh dirinya sendiri.

Ramai netizen menyangka lagu baharunya ini adalah lagu lamanya 'Seribu Tahun' yang pernah menjadi lagu yang sentiasa dinyanyikan di banyak pusat karaoke sehingga sekarang masih meledak walaupun sudah 20 tahun.

Persembahan SFAJL40 "Seribu Tahun Lagi" daripada Imran Ajmain

Persembahan semalam Imran Ajmain dikelilingi oleh taman bunga sambil memegang sejambak bunga bewarna merah.

Lagu ini yang ditulis dan digubah sepenuhnya oleh Amylea Azizan.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Lirik lagu baru ini kini lebih mendalam dengan gambaran cinta tidak semestinya akan kekal abadi dan seseorang itu memerlukan kekuatan diri untuk melepaskan cintanya.

SAYS.com
Image via TV3Malaysia

Imran Ajmain menunjukkan ekspresi penghayatan lirik dengan mengeluarkan emosi seorang lelaki yang telah keletihan dan sedih.

Seribu Tahun Lagi, kesinabungan setelah menunggu 1000 tahun

Seribu Tahun adalah lagu popular nyanyian Imran Ajmain dengan lirik ikonik "Relaku menunggu mu, seribu tahun lama lagi" yang dikeluarkan pada tahun 2006/2007.

Kini kesinabungan lagu ini bersambung dengan lagu terbaru "Seribu Tahun Lagi" yang baru sahaja dikeluar tahun 2025

Lagu terdahulu Imran Ajmain, berkisar tentang kesetiaan seorang lelaki yang sanggup menunggu seribu tahun walaupun lama tanpa berbelah berbagi.

SAYS.com
Image via Spotify

Lagu terbaru "Seribu Tahun Lagi" kini berkisar tentang kesetiaan itu yang kini tidak kekal abadi dan keupayaan untuk seseorang itu melangkah ke depan dan tidak lagi menunggu cinta yang lama itu.

Lirik pembukaan lagu ini menunjukkan perasaan reda dengan ketentuan Tuhan.

Sampai masa untuk aku
Sudah untuk mengharapkan mimpi-mimpi
Andai ini tentunya Tuhan
Walau seribu tahun lagi takkan berubah

Tambahan lagi, lagu baru Imran Ajmain menggambarkan kesedihan, keletihan dan keresahan seseorang lelaki itu dengan cintanya.

Imran Ajmain menunjukkan seorang artis yang hebat mampu untuk beradaptasi dengan perubahan lagu-lagu yang sentiasa berubah-rubah mengikut zaman tanpa menghilangkan identiti ikoniknya sendiri.

SAYS.com
Image via TV3Malaysia

Dia juga telah mengingatkan peminat mengenai album ke-5 yang telah dilancarkan pada Jun 2025 dengan judul "Sila Ambil Perhatian".

Walau bagaimanapun, rezeki tidak menyebelahi Imran Ajmain apabila lagu nyanyian beliau ini tidak berjaya ke final Anugerah Juara Lagu ke-40.

Video Musik 'Seribu Tahun Lagi':

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: