Servis ‘Ride Balik Raya’, Individu Tawar Khidmat Hantar Perantau Pulang Raih Perhatian
Wah, bagus macam ni.
Cover image via Berita Harian & Gambar janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apabila tiba musim perayaan Hari Raya, pasti ramai yang sudah membuat persiapan awal termasuk membeli tiket bas, kereta api atau kapal terbang untuk pulang ke kampung halaman
Namun, tidak semua bernasib baik untuk mendapatkan tiket kerana kebiasaannya ia habis dijual lebih awal berikutan permintaan yang sangat tinggi.
Bagi membantu mereka yang masih mencari cara untuk pulang beraya bersama keluarga, seorang individu tampil menawarkan perkhidmatan 'Ride Balik Raya'.

Gambar sekadar hiasan.
Image via BernamaTawar servis hantar pulang beraya
Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna @amirjie, dia memaklumkan bahawa dirinya menyediakan khidmat menghantar orang pulang ke beberapa negeri di seluruh Malaysia.
"Saya buat service untuk hantar org balik kampug beraya," katanya.
Menurutnya, antara destinasi yang ditawarkan termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Perlis dengan harga sekitar RM1,000, manakala Pahang dan Terengganu juga ditawarkan pada kadar yang sama. Untuk perjalanan ke Kelantan, harga yang dikenakan adalah sekitar RM1,200.
Selain itu, perjalanan ke Perak pula dianggarkan antara RM300 hingga RM700, bergantung kepada lokasi. Bagi destinasi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, harga yang ditawarkan adalah antara RM100 hingga RM250, manakala Negeri Sembilan dan Melaka sekitar RM500.
Perjalanan lebih jauh seperti ke Johor Bahru pula ditawarkan pada harga sekitar RM1,000, sementara perjalanan ke Singapura dianggarkan sekitar RM1,500.

Gambar sekadar hiasan.
Menurutnya lagi, harga tersebut sudah termasuk kos tol serta perkhidmatan menghantar penumpang terus ke rumah masing-masing.
Dia turut menjelaskan bahawa tawaran tersebut dibuat kerana dirinya bercadang untuk pulang beraya di Kuala Lumpur dan mengambil cuti lebih awal untuk mengembara mengelilingi Malaysia.
"Disebabkn saya raya KL and cuti awal, saya nk travel pusing malaysia tengok nature. klau ade yang nak menggunakn khidmat yang terlepas flight, terlepas bas pon bole contact. jika available lagi. Hobi saya drive n travel. tq alls," katanya lagi.
Tambahnya, harga yang diletakkan hanyalah anggaran dan masih boleh dibincangkan sekiranya ada yang berminat menggunakan perkhidmatan tersebut.
"Saje letak harga tu. klau ade yg pandai sembang. harga bole bincang," ujarnya.
Perkongsian tersebut sekali gus menarik perhatian ramai warganet yang melihatnya sebagai satu alternatif bagi mereka yang kehabisan tiket atau memerlukan pengangkutan saat akhir untuk pulang menyambut Hari Raya bersama keluarga.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



