“Servis Kereta, Perut Pun Kenyang” – Bengkel Ini Sediakan Makanan Percuma Untuk Pelanggan

Bestnya bengkel ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @agy.official (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya bila hantar kereta ke bengkel, kita hanya duduk menunggu sambil main telefon atau keluar cari kedai makan berdekatan

Tapi berbeza dengan sebuah bengkel ini di mana mereka bukan saja menitikberatkan servis kereta pelanggan supaya berada dalam keadaan terbaik, malah turut menyediakan makanan percuma khas untuk pelanggan yang datang.

Jadi, sambil kereta dijaga rapi oleh mekanik, pelanggan pun boleh menikmati hidangan yang disediakan dengan selesa. Pendek kata, servis kereta siap, perut pun kenyang, hati pun senang.

SAYS.com
Image via @agy.official (TikTok)

Sediakan hidangan lazat percuma untuk pelanggan

Menerusi video perkongsian @agy.official, kelihatan dia berada di sebuah bengkel untuk melakukan servis kereta.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai bukan sekadar servisnya, tetapi layanan istimewa yang diberikan.

Bengkel berkenaan turut menyediakan hidangan makanan lengkap dengan minuman secara percuma untuk pelanggan yang menunggu.

Lebih menarik, juadah yang dihidangkan kelihatan enak dan menyelerakan.

Lihat video di bawah:

@agy.official

Ni serviced kereta ke serviced perut ni!!?? 🤣 Terbaik tau serviced dorang kat sini @AMINSPEEDWORKSHOP Boleh support2 orang kita 💪🏻

♬ original sound – Agy – Agy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik